SI JANTUNG HATI (:

Wednesday, August 3, 2016

FIRST ENTRY DUA RIBU ENAM BELAS

Assalamualaikum semua! Hai! Hai semua! Masih ada lagi kah orang yang SUDI baca blog budop wangi yang makin lama makin mereput ni? Kalau ada Alhamdulillah la, sayang sangat kat hampa dari langit ke bumi , dari dunia ke akhirat, kalau takdak, maknanya aku syok sendiri lah ni? Ceh takpa takpa.

Maaf juga kepada yang tertunggu tunggu aku tuk reply komennya. Bukan apa busy, dan sengaja membusykan diri Chewah!! haha.

Jadikan 2016 adalah kekuatan hasil dari cabaran 2015 yang penuh gila ranjaunya.

Kuat ! Kuat ! Kuat !


Hari ni budop wangi nak post pasal CINTA.


Aku tak pernah nafi yang aku adalah seorang sapiosexual (orang yang tertarik pada kebijaksanaan). Aku sangat suka pada kebijaksanaan sampai setiap hari aku bangun dengan perasaan rasa diri sangat bodoh dan akan google dan stalk fb orang orang bijak untuk aku baca sesuatu. pendek kata, setiap hari aku wajib belajar satu benda baru!. tapi walaupun aku suka kebijaksanaan, aku tak pernah jatuh cinta dengan orang bijak. cuma suka pada otak mereka yang bijak untuk aku curi ilmu πŸ˜‰

tapi korang nak tahu tak? . orang yang buat hati aku jatuh hati pula langsung tak ada ciri yang aku mahu sebagai sapiosexual. langsung tak ada. tak ada maksud aku bukan dia tak bijak.mungkin aku rasa dia lagi bijak dari aku yang kurang bijak sebab jatuh hati kat dia . ya! dia bijak, bijak menambat hati aku. dan sampai petang ni aku masih tertanya "apa yang aku nampak kat dia tu? ...yang aku tahu dia cuma..istimewa. setiap inci tentang dia sangat istimewa. apa yang istimewa aku pun tak boleh jawab.😊 rahsia hati aku la kan.

Nota kaki : Hati urusan Tuhan. ♥aku sebenarnya tak pernah terfikir nak berada dalam situasi tu.tak langsung. sekeras keras kepala aku, se ego ego aku, tersungkur jugak. 😒

Kadang-kadang kita senang dengan beberapa manusia. Mungkin dia tidak terlalu apa-apa bagi kita. Cuma kalau dia ada, mungkin lebih bermakna.

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~ 

Thursday, June 4, 2015

JUN DUA RIBU LIMA BELAS

Assalamualaikum. Lama kan budop wangi tak melukis kat blog ni? :)
 buat buat sibuk la katakan.

sebenarnya tak tahu nak update apa untuk entry kali ni. sekadar nak sampaikan apa yang bermain di hati yang serba kerdil ini. macam nak wish birthday buat seseorang yang aku cuma boleh anggap diri aku ini teman untuknya.

Aku panggil dia kadang kadang En.Garang .dan kadang dia akan panggil aku budak gemuk.aku jarang dapat jumpa dia kini sebab masing masing sibuk.tapi kerap juga bertanya khabar.dia pulak dah pindah kementerian.

Dan 06 Jun nanti hari jadi dia. 

Selamat Hari Lahir Sayang!.dah nak jadi suami orang nanti,buat kelaku elok sikit.kahkah.
Saya doakan awak cepat kawin tau.. :)


“Perempuan yang hidup penuh dengan luka, 
tahu betul bagaimana rasanya berjuang untuk merasa bahagia.


Tenanglah, kalian akan baik-baik saja.
Kita semua akan baik-baik saja.”

Perempuan hidup dengan harapan,
bahawa nanti di suatu hari yang disinari mentari,
akan datang seorang pangeran.
Pangeran mereka tak perlu mengendarai seekor kuda putih.
Pangeran itu cukup dengan membawa cinta yang bersih.


Cinta yang tulus, 
seperti yang mereka baca dalam dongeng-dongeng zaman dahulu.

Perempuan hidup dengan pemikiran,
bahwa cinta terkadang mampu begitu memabukkan.
Maka banyak diantara mereka yang menghindar.
Kadang sering terlalu jauh,
sampai mereka lupa,
bahawa tak ada yang sanggup hidup sendirian.


Perempuan hidup dengan cita-cita,
bahawa nanti akan ada putera-puteri penerus mereka,
yang akan dengan cerianya 
memanggil mereka dengan sebutan ‘Ibu’, ‘Mama’, atau 'Bonda’.
Maka mereka berjuang
untuk menjadi perempuan kuat dan hebat,
sekuat dunia yang menaungi mimpi mereka.

Perempuan mencinta dengan hatinya.
Mereka hidup dengan penuh rasa,
sampai terkadang sekelilingnya menganggap 
mereka terlalu berlebihan memerankan hatinya.
Padahal dunia pun tahu,
bahwa jika tak ada perempuan, 
tak akan ada hidup yang dilahirkan.


Maka, berterima kasihlah pada perempuanmu,
Untuk terus menjadi penyejuk 
saat dunia terasa begitu panas menyengat raga.
Untuk terus mendorong semangatmu, 
saat kelemahanmu muncul tiba-tiba.
Untuk terus mendoakan semua yang dicintainya
tanpa kenal lelah,
dengan perhiasan air mata yang bukan sandiwara.

Berterima kasihlah.
Karena itu saja lebih dari cukup,
untuk menghargai arti hadirnya.


Kalibata, 8 Maret 2013

- Tia Setiawati

Friday, January 9, 2015

FIRST ENTRY 2015

F A D I E L A F A I Z A L I S B A C K !




Assalamualaikum semua! Hai! Hai semua! Masih ada lagi kah orang yang baca blog budop wangi yang makin lama makin mereput ni? Kalau ada Alhamdulillah la, sayang sangat hampa to the moon, kalau takdak, maknanya aku syok sendiri lah ni? Ceh takpa takpa.

Maaf juga kepada yang tertunggu tunggu aku tuk reply komennya. Bukan apa busy, dan sengaja membusykan diri Chewah!! haha.

Jadikan 2015 adalah kekuatan hasil dari cabaran 2014 yang penuh gila ranjaunya.
Kuat ! Kuat ! Kuat !

Terfikir azam untuk 2015..
Bukan nak berazam sangat. malaslah aku nak ber azam ni. aku tulis penuh buku 555 pun, last last yang lain aku buat. tapi yang ni aku kemungkinan besar kena buat.

Aku nak kahwin!..hahaha.( gelak guling guling )


Syukran for being a part of it.



C..E..R.I.T.A 2014.

Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah.

Buat Keluarga : Insan terpenting dalam hidupku

Buat Sahabat : Jangan rindukan aku k! bila suatu masa nanti kita terpisah

Buat Kawan-Kawan : Maaf k kalau aku selalu gila gila di mata korang

Buat Musuh : Maaf bila selama ini aku selalu salah di mata kau

Buat Yang Sayang Pada Aku : Aku lagi sayang gila gila pada kamu

Buat Yang Pernah Menyakiti Aku : Terima kasih kerana sudah mengajar aku erti bangkit selepas jatuh

Buat Yang Tak Kenal Aku : Terima kasih sebab setia follow aku tanpa block aku dekat media sosial korang ni, walaupun kekadang aku buat korang marah bila update status tanpa henti ( walaupun aku tahu itu tanda korang caring pada aku )

Buat EX : Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku dan pernah bahagiakan aku walaupun sekejap

Buat Bakal Zauj : Harap bersabar k tunggu bakal zaujah yang pelik ni!

Terima kasih korang sebab sudah ada dalam hidup aku , yang menjadikan tahun 2014 aku most confusing, challenging, emotional, depressing, hardest, eye-opening, unforgettable years of my life.

Sorry And Thanks For Everything. 
 
 
Am i 27? everything is abot my life.my daily life. my real life. happy, sad, angry, crazy, touching, fun, enjoy & many more. thats emotion are happen to me.. is all me. me.. me.. & me.
 
| FADHILAH ADAWIYAH FAIZAL |
 


I am just an ordinary girl seeking for her chagrined and exhilarated life . we even don't know what will be happened in the future but every single of my story is the way through a hardship to live in this life . everyone have their own options in having such a hypocrisy life that showed us what kind of a person we are . happy reading !
Okay till we meet again in the next entry. Insha ALLAH bye! Assalamualaikum.
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~ 


Friday, December 26, 2014

THE ENDS OF YEAR



2013 & 2014 have been the most confusing, challenging, emotional, depressing, hardest, eye-opening, unforgettable years of my lifeπŸ™‡
 
Syukran for being a part of it.
 
 
Saya cuba jadi anak yang baik pasal saya risau dapat anak yang nakal.
 
Kesian suami saya nanti.
 
Tak cukup lagikah beban dapat isteri pelik?
 
^_^


Fadhilah Adawiyah Binti Faizal turns to 26 years old.


Hamba ALLAH.
Kuli Kerajaan.
Anak yang tidak akan pernah mampu membalas jasa umi abah yang tinggi darjatnya.
Kakak yang sentiasa mencuba jadi yang paling baik untuk adik-adiknya.
Adik yang mahu jadi kawan sejati abangnya.
Sahabat yang mahu menyenangkan sahabatnya pada setiap tingkah laku dan adabnya.
Bakal Jenazah.
Bakal Isteri ( jika diizinkan dan disempatkan oleh ALLAH) kepada bidadara yang akan dicemburui semua bidadara di syurga nanti.
InsyaaALLAH. 
  
:)

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~ 

Wednesday, November 19, 2014

N.O.V.E.M.B.E.R

I'm back!!
Lama nya tak bloggie bloggie . Oh rindu !
Okay. sebenarnya tak ada isu apa apa pun. saja menyepi diri buat seketika.
Alhamdulillah. Jiwa tenang. Hati senang ,  Let bygones be bygones !
Hanya kadang kadang mengimbau kenangan dulu.

Kenangan.
Adalah sesuatu yang pernah tercoret dalam lakaran hidup kita.
Ada yang terlakar dengan penuh kemanisan & ada yang terukir dengan kepahitan.
Namun percayalah,kenangan itu yang menjadikan kita belajar tentang kehidupan.
Jika ianya  tak berlaku,mana mungkin kita belajar untuk mengorak ke hadapan.
Betul tak?

I  think I should stop here. kang ada yang tak patut tercerita di sini.
kbye. :)

Nota tangan : ''Abah, kalau Angah boleh pusing masa, Angah dah tahu apa yang nak jawab bila abah tanya Angah nak jadi apa bila besar. Angah nak jadi manusia. Macam Abah.''


Cintailah manusia itu apa adanya dia, dan bukan ada apanya dia.
 Diri ini memanglah tidak sempurna. Tapi ku cuba mencontohi yang sempurna.



Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

Thursday, October 23, 2014

DIA



I'm afraid

if

it will change me into something i never meant to be.


if

it will transform me to a person that everyone and i do not recognize.

I'm afraid.
 



"she comes off as strong,but maybe she fell asleep crying. she act like nothing is wrong,but maybe she just really good at lying"

boleh nak tipu orang lain,tapi tak boleh tipu diri sendiri.
boleh nak tipu orang lain,tapi tak boleh tipu ALLAH.

hei! senyum Fadiela Faizal.

ingat!,slow slow,berbahagia ikut flow.

ingat jugak,selagi mana kau punya Tuhan,kau punyai segala.

ingat lagi jugak,semua akan indah bila tiba masanya.

La Tahzan! Innallahama ana. :)

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

Friday, October 10, 2014

JODOH KE?


Jika dia bukan jodohku,
jodohkanlah dia dengan perempuan yang lebih baik dari aku, dan takda eyebag.
Berikanlah dia kebahagiaan berpanjangan suami isteri, hingga ke syurgaMu..
Amin..

^_^


because what is truly yours,would eventually be yours.

and what is not,not matter how hard you try,it never be.

doa.
doa.
doa.

serah pada ALLAH.

 Demi ALLAH aku tak kuat. Tapi kerana ALLAH,aku harus kuat. Fighting! ^_^