













Masihkah kita INGAT????
kat Alam ROH dulu, kita pernah berjanji padaNYA...
"Dan mereka berkata,'Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami Ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat kami kembali.' "
( Surah Al-Baqarah : 285 )
Hidup ini ibarat DRAMA...
Ada PENGARAH FILEM yang MESTI kita PATUHI ARAHANNYA...nak tak nak,WAJIB PATUH taw!!
Sebab kita dah pernah SIGN 'KONTRAK' dulu....
Kontrak menunjukkan kita BERJANJI akan PATUH SEGALA ARAHAN director kita...
jugak dah ada SKRIP yg telah TERTULIS utk SETIAP watak...
Kita sebgai PELAKON...
ada banyak BABAK yg MESTI kita LALUI....
ada babak yang buat kita GEMBIRA, BAHAGIA, SEDIH, SAKIT HATI, MARAH, BENCI, dan sebagainya...
Setiap PELAKON MESTI MELALUI setiap BABAK tu...
maklumlah.......
BUKAN SENANG nak dapat AWARD utk jadi Pelakon Terbaik & Artis Paling Popular kat 'EVENT' BESAR yang SEMUA ORANG akan HADIR nanti...
SEMUA akan berKUMPUL untuk tengok HASIL LAKONAN kita selama nie....
DIPAPARkan SEMUANYA...
ermmm....confirm neves!!!
So,wat KEJE dengan baik ye!!
Agar kite tak MENYESAL nanti... :)
Sebab....
Masa 'EVENT' tu, Siapa yang 'berlakon' OK, maka beliau akan rasa HAPPY SANGAT...!! Berbunga-bunga jer hati.....
Tapi...
bagi yang wat ala kadar je, dia akan kata, "ermm...kalu aku wat elok sikit...mesti aku dapat Award tu..."
Dah la buat ala kadar...tapi still nak mintak pada TUAN PENGARAH untuk berlakon semula...
Agak-agak Tuan Pengarah bagi tak????
ermm....Mestilah TAK!!!!
Sebab...nak blakon DRAMA tu HANYA SEKALI jer!!
No TURNING BACK....ok..??
DRAMA tu pun dah dijadikan FILEM...
Dah DITAYANGKAN pun..!!
and...SEMUA ORANG dah DAPAT HASIL dari apa yang mereka LAKONKAN....
how come kita nak berlakon semula....
na mungkin bete he...~~
nehi he...~~~
Sebab tu,...
andai rasa TAK MAHIR dalam nak berlakon yang TERBAIK,,...
MOHONlah, TANYAlah, MINTAKlah pd 'PENGARAH' kita agar DIA tunjukkan cara utk meLAKONkan stiap babak tu dengan BAIK....
Jangan risau... 'PENGARAH' kita MAHA Pemurah...
MUDAH Menghulurkan bantuan pada bila-bila masa...di mana jua...
PASTI DIA akan tnjukkan caranya...
Last but not least,....
Kita ADA Director untuk BANTU kita...
Kita jugak ada PELAKON-PELAKON lain yang hebat-hebat berlakon skali ngan kita...
Kita TAK AKAN DAPAT HASILKAN DRAMA yang TERBAIK hanya kalau DIRI kita jer yang pandai BERLAKON....
Bantulah...and tegurlah kawan-kawan kita yang mana mampu kalu mereka ada BUAT KESILAPAN dalam LAKONAN mereka...
Supaya nanti, hopefully mereka jugak akan BETULKAN KITA BILA KITA ada TERSILAP dalam LAKONAN kita...
SUPAYA KITA SEMUA SAMA-SAMA DAPAT 'AWARD' masa EVENT tu nanti....
SERONOK kan?????
insyaALLAH...

HYE... Post pada hari ini adalah tentang “minggu peperiksaan“
ahhh..kenapa bila tiba minggu exam je..sikap manusia berubah? berubah macam mana tu?mm..contohnya, yang jauh makin dekat, malah ada juga yang sedia rapat itu, makin jauh. paham tak maksud yang budop wangi hendak sampaikan.sebentar lagi akan diterangkan dengan lebih lanjut ye.
yang jauh makin dekat.kenapa budop wangi cakap macam tu ye.kerana..
1) kawan-kawan yang x pernah rapat pon boleh rapat sebab minggu peperiksaan inilah minggu bagi insan-insan yang kurang pandai mencari insan-insan yang lebih pandai.untuk meminta jasa baik mereka mengajar tentang subjek yang kurang difahami.
2) Boleh jadi juga kepada pelajar-pelajar yang tak pernah jumpa pensyarah, minggu inilah mereka semua berpusu-pusu ke bilik pensyarah untuk bertanya. Walhal minggu sebelum-sebelum ni xde pula nak cari pensyarah. Kadang-kadang ada yang malas sangat nak pergi kelas sebab xnak dengar ‘lecture’ (huhu budop wangi la tu..hehe)
3) Minggu peperiksaan inilah yang nak rapat dengan cik buku-sedangkan sepatutnya minggu peperiksaan ini hanya perlu untuk merujuk dan ulangkaji nota ringkas sahaja.tambahan pula, selama ni xpernah pun sentuh buku-buku tebal yang tersusun cantik di rak tu. Bila tiba minggu exam nie la baru nak belek dan bawa ke mana sahaja buku-buku tersebut.
4) Dan yang paling utama sekali, mingu peperiksaan ini jugalah minggu yang akan merapatkan hamba dengan penciptanya. sebab? Kebanyakan hamba Allah akan mencari tuhanNya tika mereka mahu meminta sesuatu atau berada dalam kesusahan sahaja(nauzubillah).moga kita dijauhkan daripada sikap begini. hanya mencari tuhan tika masa sukar ataupun hanya meluangkan masa kita kepada Tuhan tika kita lapang.
ini sahaja analisis budop wangi untuk yang jauh menjadi dekat.seterusnya..
Yang rapat semakin jauh….
1) bagi aku kebanyakan orang(budop wangi pun sama je), masa minggu peperiksaan nila nak ‘moody’.sebab? baru belajar sikit. xhabis ‘study’.itulah antara alasan yang diberi. Bila dah ‘moody’ nanti akan cakap dengan member yang minggu sebelum ‘exam’ ni sangat rapat..”ko jangan kacau aku,aku nak fokus ni..”..xpon..”eh, ko klu nak buat discussion leh x buat kat tempat lain,aku xleh stdi dalam keadaan bising la“…xpun..”weh, aku rase aku nak sorag2 la sekarang.xnk ade sape2 pon dpn mata aku.sbb aku nak menghafal rumus ni.leh x ko stdi ngan member ko yang len.aku xleh nak layan n tolong ko r“..huhuii..pentingkan diri betulllll…..lupakah mereka masa sebelum minggu peperiksaan ni tiba, sahabat-sahabat itula yang bergelak tawa bersama-sama, makan sama2…’menyanyi bersama-sama”..lupa diri betul…hehe(kalau nk fokus, terus terang secara berhemah ye & kalau boleh, ajakla kawan2 kita sekali)
2) Ada juga masa peperikasaan ni yang menjadi hamba yang lalai.menjauhi penciptaNya. ada yang sanggup tinggal solat. Yang solat pon, solat seperti ‘patuk ayam je’.kadang-kadang doa pun x.baca al quran apatah lagi.solat sunat jauh sekali.sebab?sibuk sangat nak habiskan belajar. takut x sempat habis sebelum tiba hari peperiksaan. sedarkah kita bahawa yang memberi kejayaan itu adalah Dia? Tuhan yang maha berkuasa dan berkehendak. Kalau dia takdirkan kita berjaya, berjayalah kita. dan kalau dia berkehendakkan kita gagal, walau setinggi mana usaha yang kita taburkan untuk peperiksaan ini, kita tetap akan gagal.sama-samalah kita ingat.
“Jika Allah mahu menolong kamu, tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu, tidak ada sesiapa yang dapat menolong kamu kecuali Allah” (Ali Imran; 160)
em..isu yang timbul..banyak lagi x stdi.sebab tula timbul perkara macam di atas.begitu?
cuba kita fikir dan refleks kembali diri kita.adakah kita telah menggunakan masa kita sebaik mungkin sebelum tiba minggu peperiksaan itu? Jadi, salah sahabat2 kitakah kita x habis belajar lagi? salah orang lainkah kita rasa susah nak faham bila belajar ‘last minute’ ni? salah orang atau salah kita?renung2kan..Jadi, ayuh kita kawal emosi, dan jaga amalan di minggu peperiksaan ini.
akhir kata, “siapa yang usaha dia yang akan dapat”
p/s: untuk ingatan diri budop wangi ini yang utama.
~moga hidup kalian semakin putih~


Teman … maafkan aku
Andai bicaraku
Melukai hatimu
Tanpa ku sendiri menyedari ..
Teman,
Terkadang aku jua begitu
Terusik jiwaku dan tingkahmu.
Namun kupasti
Bukan niatmu
Membuat rajuk di hati.
Teman … maafkan aku
Jika gurauku
Menguris nalurimu.
Tapi kau harus mengerti
Hidup takkan berseri
Tanpa usikan dan tawa keriangan.
Teman,
Tidak ku harap pendirianku dihormati.
Bukan keegoan memalut di hati
Tapi prinsipku menguasai diri.
Teman … maafkan aku
Hanya itu yang ku pinta
Ukirkanlah senyuman
Dibibirmu itu,
Sebelum jasadku
Terbujur kaku.