SI JANTUNG HATI (:

Wednesday, February 13, 2013

CINTA SELEPAS AKAD

'ALLAH mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang'



menarik bukan kata-kata diatas?
tapi apabila kita bercakap tentang keindahan percintaan selepas perkahwinan, masih ramai yang berasa ragu-ragu..yela, boleh ke kita berkongsi hidup dengan seseorang yang belum cukup kita kenali..boleh bahagia ke? jodoh dan pertemuan telahpun ditentukan oleh yang maha esa..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..dan sebaik baik yang merancang itu adalah ALLAH..maha perancang segalanya..


memang la..sangat beruntung sekiranya perkahwinan tu dibina atas dasar kasih sayang dan disulami rasa cinta antara dua hati..bercinta dahulu dan berkahwin kemudian dah menjadi adat masyarakat kita kan? tapi, takdir dan ketentuan setiap manusia adalah berbeza..ALLAH akan beri apa yang kita perlukan..bukan apa yang kita mahukan..sesungguhnya dalam dunia ni tiada apa yang mustahil..tak semestinya kalau nak kahwin, kena bercinta dulu..korang tengok tak satu video yang aku kira sangat sweet oleh DEENA KAMARUL BAHRIN yang mana perkahwinannya berlangsung tanpa ikatan percintaan pon sebelumnya?awesome right? 




'cintaku bukan diatas kertas..cintaku getaran yang sama..tak perlu dipaksa..tak perlu dicari..kerna kuyakin ada jawabnya..


ok, ni lirik lagu siti nurhaliza dalam lagu bukan cinta biasa..yang tang tak perlu dicari tu, rasanya tak betul kot..cinta tu perlu dicari sebenarnya, suatu benda tak kan datang bergolek tanpa sebarang usaha..lain la kalau korang memang comel tahap dewa kan..tak payah cari pun confirm orang dah serbu awal-awal..hehe..so, apa lagi..tingkatkan tahap kesweetan masing-masing ye..haha..sebagai nasihat, carilah cinta bila korang benar-benar serious dan bersedia untuk memikul tanggungjawab..tapi perlu diingat, mencari cinta bukan bererti korang kena merayu-rayan..desperate? lagi la...tolong la jauhi..:)
mencari cinta juga bukan bermaksud kita sapu je berapa ramai yang ada, lepas tu pilih mana yang sesuai..amboi!!

sentap? lelaki pon sama je :p


tengok tak rancangan semanis kurma dengan tajuknya..bercinta setahun, berkahwin sehari? takot kot dengan isu-isu yang macam ni..yela, siapa yang nak kan perkahwinan yang gagal ditengah jalan..mintak2 la dijauhkan..tapi, aku tertarik dengan kata-kata ustazah bahyah dalam episod minggu lepas..'kalau jodoh tak kemana, kalau tiada jodoh mesti ada hikmahnya'..simple tapi sangat bermakna :)


apepon, percintaan selepas nikah adalah percintaan yang paling diredhai..nak buat apapun, semuanya halal dan mendapat pahala..manakala bagi percintaan sebelum nikah lak, biarlah mempunyai matlamat yang suci untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah..tepuk dada..tanya lah selera..



so nasihat untuk semua dan diri sendiri, cinta yang hanya berlandaskan nafsu dan keseronokan semata-mata ibarat kurap..makin digaru makin sedap..tetapi kurap yang digaru itu semakin lama semakin parah dan membinasakan walaupun rasa sedap seketika ketika digaru..kita pasti taknak cinta yang hanya menjanjikan keseronokan sebentar dan akhirnya menuju kekecewaan bukan? cinta sebelum berkahwin hanya menjanjikan keseronokan sementara yang mengecewakan..cinta selepas berkahwin pula datang bersama tanggungjawab yang perlu dipikul yang akan mematangkan pasangan disamping menjanjikan keseronokan yang diikat bersama kesetiaan..


sekian untuk kali ni..assalamualaikum :)


MENJAGA HATI ORANG LAIN ITU PERLU

tak rugi jaga hati orang lain kan? tak rugi jugak jaga aib dan kehormatan orang lain kan?
biar orang buat kita, jangan kita buat orang..biar orang menyakiti kita, jangan kita menyakiti orang..
jangan kita balas sekalipun busuk dan aibnya berkilo-kilo kita simpan dan jaga..
karma itu ada, keajaiban itu ada..ALLAH itu ada..


jadilah seperti pokok, saat orang membalingmu dengan batu, kau membalasnya dengan buah yang ranum..


-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna-



seorang menyakitiku, masih ramai yang menyayangi dan menghargaiku..
dan aku sangat bahagia bersama mereka..


Sekian.
Assalamualaikum.

W E D D I N G | P A R T 1







Saturday, January 26, 2013

SCENE 2013|PART 1












GOODBYE 2012|WELCOME 2013


Alhamdulillah.2012 dah pun melabuhkan tirainya. dan dengan ini, terpaksalah aku terima kenyataan untuk berdepan dengan usia yang baru. 25 maa 25! ! aku dah tua.haha





sepanjang tahun ni, takde apa sangat yang berubah dari segi lifestyle. cuma what special on this year, i have to forget someone. yes, absolutely. end of 2012, my life is quite complicated. there are so many thing happen and nak tak nak, kena jugak hadap. aku tak berhenti berdoa pada yang maha esa agar diberi petunjuk dan kekuatan. tapi tu la, kebahagiaan yang aku mintak, tapi sebaliknya diri ni pulak yang diuji. i have to face satu fasa sukar yang paling aku takuti, iaitu perpisahan. at that time memang sedih gila wa cakap lu. kecewa, marah, menyesal, semua rangkum jadi satu. putus cinta kononnya. haha. tapi nak buat macam mana, redha jela.


tapi, ALLAH kurniakan aku keluarga,kawan-kawan yang sangat istimewa dan mampu buat aku lupa tentang kesedihan dan boleh pulak buat aku tersenyum. at least 80 percent of my sadness already gone. air mata memang tak banyak dibazirkan.hehe.


life is choice, terlalu banyak pilihan dalam hidup ni. so jangan sesekali takut untuk mencuba. remember, we have ALLAH and he will never leave us. harta benda, kemewahan dan kasih manusia jangan terlalu ditagih. kelak kita yang akan kecewa. hanya kasih sayang DIA yang paling abadi. betul lah apa orang cakap, jangan sedih kalau ALLAH ambik sesuatu yang berharga dalam hidup kita, sebab DIA pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang jaaauh lebih baik. just be patient, good things come to those who wait. trust me :)

                                             

apepun, aku bersyukur sangat pada yang maha esa sebab beri petunjuk dan jalan yang sesungguhnya buat aku sangat bahagia. tak pernah membiarkan hambanya yang khilaf dan tak sempurna ni bersedih terlalu lama. diberikan ibubapa dan keluarga yang rukun dan harmoni, kawan-kawan yang memahami. apa lagi yang tak cukup untuk sebuah kebahagiaan?




#i'm not wish anything for 2013. i'm just wish to be happy.






Tuesday, November 27, 2012

Si Dia, milik aku. Izinkan aku simpan selamanya.

Kadang kadang,
kita tak perlukan si dia yang romantik.
Tak perlu si dia yang pandai buat kejutan.
Tak perlu si dia yang bermulut manis seperti insan lain,
Menulis puisi buat sang kekasih.

Aku tak perlukan si dia yang pandai menambat hati
Seperti drama di kaca TV.
Aku tak mahu jejaka kacak yang menjadi pujaan hati wanita lain.
Aku tak mahu ditaburi wang dan benda mewah yang kononnya boleh beri kebahagiaan.

Tidak, aku tak mahu dan aku tidak perlukan semua itu.
Kalau dulu aku sering mengeluh kenapa kita sering berjauhan.
Tapi kini aku terima,
Yang aku mahu dan perlu, cuma si dia.

Dia yang tahu gerak geri dan perlakuanku tika aku dirundung sepi, didatangkan dengan masalah.
Dia yang mudah memahami bahasa jiwaku.
Dia yang tidak pernah jemu membantu aku dari segenap sudut.
Dia yang tidak pernah mengeluh akan sikap ku yang tidak-tidak.
Baran tidak bertempat mungkin, emosi tak mengira masa aku kira.
Namun dia masih di situ, setia menemani aku.
Ada ketika aku tertawa, ada tika aku berduka, tangisku, sudah sebati dalam jiwanya.

Terima kasih sayang. Semoga perasaan ini kekal ke akhirnya.

P/s: God knows what's the best for you Fadiela Faizal. Keep believing. Do not give up. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah terlalu luas.

Tuesday, November 20, 2012

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

Assalamualaikum.



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


  1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita~♥ 


:::picture di atas tiada kena mengena pun dengan entry nie.hehehe