SI JANTUNG HATI (:

Thursday, August 28, 2014

AKU ANAK ABAH

Bila sakit tahap tak larat nak bangun , tiba-tiba rindu perhatian dari seorang abah. 
Kecik-kecik dulu kalau sakit arwah abah suap makan, papah pergi toilet, bawak pergi klinik. 
Tapi apakan daya, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. 
Pejam celik pejam celik, 2014 genap 8 tahun hilang sentuhan kasih seorang abah.
 Saya dulu memang anak manja tahap mintak penampar. 
Manja yang mengada-ngada, Tapi pada masa yang sama  lasak . 
Tapi jenis suka berdikari sendiri. Degil. Jiwa lembut.
Anak tunggal perempuan la kata kann.
 Selepas arwah abah meninggal.
 Saya membesar dengan umi dan abang + adik-adik lelaki. 
Start dari situ la semua kena buat sendiri.. 
Padan muka.
 Umi strict giler dan zaman remaja saya tak seindah anda mungkin. 
Saya tak leh tengok tv, 
tak leh dengar radio, 
tak leh keluar bermain-main. 
Kawan-kawan lain sibuk tengok teletubies, 
saya sibuk basuh kain, 
sapu daun-daun kering perkarangan rumah, 
cuci pinggan, tolong umi masak.
Tapi tak mengapalah.. 
Pain taught me to be better, 
sadness taught me to be stronger 
and love taught me to be fearless... 
Kak ngah miss you abah. 
Al-Fatihah.
 
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

GADIS BIASA

Perempuan ni dia bercerita masalah dia kat awak sebab nak awak dengar je sebenarnya. 
Bukan nak awak settlekan masalah dia pun. 
Maka dengan itu, jadilah pendengar yg baik untuk pasangan masing2.
 "Manja-manjakanlah perempuanmu, nescaya dia akan sentiasa tunduk pada dirimu.
 Tunduk dalam ertikata dengar tiap nasihatmu, bukan cacimu."
 

'Cause I'm only human

And I bleed when I fall down

I'm only human

And I crash and I break down

Your words in my head, knives in my heart

You build me up and then I fall apart 'Cause I'm only human.
|  Christina Perri - Human |

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Wednesday, August 27, 2014

KATA KATA ITU SATU DOA

Pentingnya menyedari bahawa kata-kata itu suatu doa.

Tatkala kita kurang berduit, tetapi kehendak menghantui diri. Nak Macbook baru, nak Ipad baru, nak kereta Volkswagen baru.

Ehem.

Elakkan sama sekali mengeluarkan kata-kata negatif seperti:

- aku mane mampu
- aku takde duit

Cuba.
Hari-hari cakap dekat diri sendiri.
Nampak je Volkswagen lalu depan mata, terus cakap, "eleh, tak lama lagi aku boleh bawak dah Volkswagen tu, tak lama dah. Next year insyaALLAH"

Nampak je Macbook mase lalu tu, pegang2 sikit, pastu cakap, "eh, minggu depan boleh beli dah ni.. Senang sket nak update blog lepas ni."

Elakkan dari cepat putus asa, pesimis, rendah diri keterlaluan atau, terlebih yakin.
Kurangkan dari bergaul dengan mereka yang menyebabkan anda rasa terlalu kerdil atau, mereka yang suka mencari keburukan orang, dan mereka yang tidak pandai, atau mereka yang berlagak pandai.

Bahaya.

Selamat mencuba dan mencari 'teman sejati' :)

REMEMBERING

Siapalah yang mampu bergembira seandainya ada
Saudara-mara yang pergi tanpa sempat mengucapkan kata
"Selamat Tinggal, Semoga Berjumpa Lagi"
Kepergian yang tak pernah diduga
Dan pergi yang takkan kembali lagi

Sebaknya
Sungguhpun mereka yang pergi itu tiada pertalian darah denganku
Namun kuharap doa yang dikirim
Sampailah hendaknya buat mereka

Sesungguhnya kita semua akan pergi
Dengan cara yang kita sendiri pun belum pasti

Al-fatihah #MH17
Selamat pulang.
Welcome home.


HARI HARI KU RASA CINTA



Aku selalu rapuh.
Pantang tersadung.
Jatuh terduduk.
Tapi aku lawan semua rasa itu.

Hingga ada yang bertanya,
'Kau ni, tak pernah ke sedih dan diam satu hari?
Ke memang hari-hari pun hidup kau senang bahagia gembira?'

Sejujurnya,
bukan begitu.
Sebab bagi aku,
Kalau aku hebahkan satu dunia pun masalah aku,
Mungkin yang benar-benar sudi membantu,
Dengan jari ini cukup mudah dihitung.

Tapi aku bersyukur.
Atas setiap dugaan yang turun,
Dia datangkan juga beberapa insan mulia yang sudi membantu.

Walau hanya dengan kata-kata semangat.
Walau dengan hanya senyuman.
Walau kadang kala datang dengan nasihat.

Terima kasih, Tuhan.
Moga ukhuwah ini berkekalan.
Moga dijauhkan dari iri hati dah kejahatan.
Juga dengki dihasut syaitan.

Perkara paling manis adalah,
Didoakan yang baik-baik oleh rakan taulan.
Perkara paling indah adalah,
Berjaya bangun dan senyum selepas kejatuhan.
Dan perkara paling membahagiakan adalah,
Dihargai dan menghargai walau sekecil-kecil nikmat pinjaman.
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 
 
 

Tuesday, August 26, 2014

JATUH DAN BANGKIT LAGI


Tengok seorang gadis,

"best nya la hidup dia.
kaya, cantik, lembut, bekerjaya, laki hensem.
kan bagus kalau jadi macam dia"

dalam masa yang sama,
fikiran si gadis,

"aish.hutang kereta, credit card tak bayar lagi. hidup aku ni busy je.ada laki hensem pun, belakang ada lain.
hm,rasanya lelaki2 kat sana tu mesti tengah tengok aku.ni susah kalau cantik ni.

tapi kan bagus kalau jadi mcm diorang. bia la xkaya, rupa biasa2, asalkan bahagia"

lumrah manusia.

selalu nampak yang lebih,indah2 pada orang lain.
tidak pernah menghargai hingga saat ketika kehilangannya.

 
Yang penting,
Percaya pada diri.
Percaya ada yang sudi sama duduk dan berdiri.
Jatuh kecundang, bangkit teruskan perjalanan.
Menangis di belakang, tersenyumlah di hadapan.
  
Just wait ! 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 


SUKA CAKAPLAH SUKA. BENCI CAKAPLAH BENCI.

Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita..
Janji ALLAH itu pasti.

Inilah yang aku selalu fikirkan untuk positifkan fikiran dan menjaga hati yang resah.

Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh..

Cinta?
Jodoh?
Tapi, itu bukanlah bermakna aku nak sangat cari pengganti secepatnya.
 Jauh sekali. 
Aku cuma nak  fokus pada diri sendiri juga berbakti pada keluarga.
 
Semalam hanyalah kenangan, walaupun aku tahu mustahil bagi aku lupakan semua kenangan itu kecuali ingatan aku ALLAH tarik semula atau aku sendiri pergi menghadap-Nya.
Aku cuma tak mahu pandang ke belakang lagi. 
Move ON!

Yakinlah wahai hati ♥


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~