HYE... Post pada hari ini adalah
tentang “minggu peperiksaan“
ahhh..kenapa bila tiba minggu exam
je..sikap manusia berubah? berubah macam mana tu?mm..contohnya, yang jauh makin
dekat, malah ada juga yang sedia rapat itu, makin jauh. paham tak maksud
yang budop wangi hendak
sampaikan.sebentar lagi akan diterangkan dengan lebih lanjut ye.
yang jauh makin dekat.kenapa budop
wangi cakap macam tu ye.kerana..
1) kawan-kawan yang x pernah rapat
pon boleh rapat sebab minggu peperiksaan inilah minggu bagi insan-insan yang
kurang pandai mencari insan-insan yang lebih pandai.untuk meminta jasa baik
mereka mengajar tentang subjek yang kurang difahami.
2) Boleh jadi juga kepada
pelajar-pelajar yang tak pernah jumpa pensyarah, minggu inilah mereka semua
berpusu-pusu ke bilik pensyarah untuk bertanya. Walhal minggu sebelum-sebelum
ni xde pula nak cari pensyarah. Kadang-kadang ada yang malas sangat nak pergi
kelas sebab xnak dengar ‘lecture’ (huhu budop wangi la tu..hehe)
3) Minggu peperiksaan inilah yang nak
rapat dengan cik buku-sedangkan sepatutnya minggu peperiksaan ini hanya perlu
untuk merujuk dan ulangkaji nota ringkas sahaja.tambahan pula, selama ni
xpernah pun sentuh buku-buku tebal yang tersusun cantik di rak tu. Bila tiba
minggu exam nie la baru nak belek dan bawa ke mana sahaja buku-buku tersebut.
4) Dan yang paling utama sekali,
mingu peperiksaan ini jugalah minggu yang akan merapatkan hamba dengan
penciptanya. sebab? Kebanyakan hamba Allah akan mencari tuhanNya tika mereka
mahu meminta sesuatu atau berada dalam kesusahan sahaja(nauzubillah).moga kita
dijauhkan daripada sikap begini. hanya mencari tuhan tika masa sukar ataupun
hanya meluangkan masa kita kepada Tuhan tika kita lapang.
ini sahaja analisis budop wangi untuk
yang jauh menjadi dekat.seterusnya..
Yang rapat semakin jauh….
1) bagi aku kebanyakan orang(budop
wangi pun sama je), masa minggu peperiksaan nila nak ‘moody’.sebab? baru
belajar sikit. xhabis ‘study’.itulah antara alasan yang diberi. Bila dah
‘moody’ nanti akan cakap dengan member yang minggu sebelum ‘exam’ ni sangat
rapat..”ko jangan kacau aku,aku nak fokus ni..”..xpon..”eh, ko klu nak buat
discussion leh x buat kat tempat lain,aku xleh stdi dalam keadaan bising
la“…xpun..”weh, aku rase aku nak sorag2 la sekarang.xnk ade sape2 pon dpn mata
aku.sbb aku nak menghafal rumus ni.leh x ko stdi ngan member ko yang len.aku
xleh nak layan n tolong ko r“..huhuii..pentingkan diri betulllll…..lupakah
mereka masa sebelum minggu peperiksaan ni tiba, sahabat-sahabat itula yang
bergelak tawa bersama-sama, makan sama2…’menyanyi bersama-sama”..lupa diri
betul…hehe(kalau nk fokus, terus terang secara berhemah ye & kalau boleh,
ajakla kawan2 kita sekali)
2) Ada juga masa peperikasaan ni yang
menjadi hamba yang lalai.menjauhi penciptaNya. ada yang sanggup tinggal solat. Yang
solat pon, solat seperti ‘patuk ayam je’.kadang-kadang doa pun x.baca al quran
apatah lagi.solat sunat jauh sekali.sebab?sibuk sangat nak habiskan belajar.
takut x sempat habis sebelum tiba hari peperiksaan. sedarkah kita bahawa yang
memberi kejayaan itu adalah Dia? Tuhan yang maha berkuasa dan berkehendak.
Kalau dia takdirkan kita berjaya, berjayalah kita. dan kalau dia berkehendakkan
kita gagal, walau setinggi mana usaha yang kita taburkan untuk peperiksaan ini,
kita tetap akan gagal.sama-samalah kita ingat.
“Jika Allah mahu menolong kamu, tidak
ada sesiapa yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu, tidak ada
sesiapa yang dapat menolong kamu kecuali Allah” (Ali Imran; 160)
em..isu yang timbul..banyak lagi x stdi.sebab
tula timbul perkara macam di atas.begitu?
cuba kita fikir dan refleks kembali
diri kita.adakah kita telah menggunakan masa kita sebaik mungkin sebelum tiba
minggu peperiksaan itu? Jadi, salah sahabat2 kitakah kita x habis belajar lagi?
salah orang lainkah kita rasa susah nak faham bila belajar ‘last minute’ ni?
salah orang atau salah kita?renung2kan..Jadi, ayuh kita kawal emosi, dan jaga
amalan di minggu peperiksaan ini.
akhir kata, “siapa yang usaha dia
yang akan dapat”
p/s: untuk ingatan diri budop wangi
ini yang utama.
~moga hidup kalian semakin putih~
No comments:
Post a Comment