SI JANTUNG HATI (:

Tuesday, May 10, 2011

L.O.V.E Y.O.U M.O.M


IBU...IBU ENGKAULAH RATU HATIKU...BEGITULAH LAGU BERTAJUK IBU NYANYIAN TAN SRI P.RAMLEE...PERNAH X KORANG TENGOK IKLAN KAT TV YANG SEORANG GADIS KECIL SEDANG MENYANYI LAGU ''IBU'' NIE DI ATAS PENTAS,IBUNYA YANG TURUT MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN ITU MENITISKAN AIRMATA KERANA TERHARU DENGAN NYANYIAN ANAKNYA..

Ada banyak lagi lagu yang telah dicipta untuk insan yang bergelar IBU @ EMAK @ MAMA @ UMI?? Biar apapun jenis lagu,kebanyakan liriknya menerangkan tentang jasa dan pengorbanan seorang ibu. Lagu-lagu tersebut dicipta bukan saja sebagai penghargaan kepada insan bergelar ibu,tetapi juga sebagai menunjukkan pentingnya insan ini dalam hidup seseorang manusia..


Sudah pasti korang dah terbiasa dengan ucapan '' HAPPY MOTHER'S DAY '' @ '' SELAMAT HARI IBU " sempena menyambut Hari Ibu. Kebiasaannya Hari Ibu jatuh pada hari Ahad di minggu yang kedua dalam bulan Mei..

Namun begitu.sebagai anak-anak yang baik,kamu perlu masukkan dalam minda dan hati kamu bahawa SETIAP HARI ADALAH HARI IBU. Ini sebagai mengiktiraf,mengenang,menghargai dan memuliakan ibu setiap hari. Sambutan Hari Ibu di dalam kalendar hanyalah satu dokumen jer..Sambutan sebenarnya berada dalam setiap hembusan nafas dan denyut nadi kamu..
Tanpa ibu siapalah kita di dunia ini..

Tanda kasih dan sayang kita kepada ibu bukan sekadar memberikan kada ucapan @ memberikan hadiah sempena Hari Ibu.. Tahukah kita,ibu tidak mengharapkan pemberian itu untuk membahagiakan dirinya. Antara perkara yang membuat ibu bahagia adalah :

~kamu menjadi anak yang taat kepada perintah agama dan mempunyai akhlak yang baik

~kamu seorang yang pintar dan berjaya dalam pelajaran

~kamu seorang yang rajin dan menjadi anak yang bertanggungjawab

~kamu menerima setiap teguran ibu kamu dengan hati yang terbuka

~kamu berkawan dengan orang yang baik dan meminta izinnya jika ingin membuat sesuatu perkara

Hari ini mari kita kenang kembali jasa dan pengorbanan ibu. Ibu telah banyak berkorban untuk kita dengan mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini.. Seterusnya membelai,membimbing dan membesarkan kita dengan penuh sabar. Percayalah semua bahawa syurga terletak di telapak kaki ibu..


~I LOVE YOU SO MUCH MOM~