SI JANTUNG HATI (:

Tuesday, November 27, 2012

Si Dia, milik aku. Izinkan aku simpan selamanya.

Kadang kadang,
kita tak perlukan si dia yang romantik.
Tak perlu si dia yang pandai buat kejutan.
Tak perlu si dia yang bermulut manis seperti insan lain,
Menulis puisi buat sang kekasih.

Aku tak perlukan si dia yang pandai menambat hati
Seperti drama di kaca TV.
Aku tak mahu jejaka kacak yang menjadi pujaan hati wanita lain.
Aku tak mahu ditaburi wang dan benda mewah yang kononnya boleh beri kebahagiaan.

Tidak, aku tak mahu dan aku tidak perlukan semua itu.
Kalau dulu aku sering mengeluh kenapa kita sering berjauhan.
Tapi kini aku terima,
Yang aku mahu dan perlu, cuma si dia.

Dia yang tahu gerak geri dan perlakuanku tika aku dirundung sepi, didatangkan dengan masalah.
Dia yang mudah memahami bahasa jiwaku.
Dia yang tidak pernah jemu membantu aku dari segenap sudut.
Dia yang tidak pernah mengeluh akan sikap ku yang tidak-tidak.
Baran tidak bertempat mungkin, emosi tak mengira masa aku kira.
Namun dia masih di situ, setia menemani aku.
Ada ketika aku tertawa, ada tika aku berduka, tangisku, sudah sebati dalam jiwanya.

Terima kasih sayang. Semoga perasaan ini kekal ke akhirnya.

P/s: God knows what's the best for you Fadiela Faizal. Keep believing. Do not give up. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah terlalu luas.