SI JANTUNG HATI (:

Tuesday, November 27, 2012

Si Dia, milik aku. Izinkan aku simpan selamanya.

Kadang kadang,
kita tak perlukan si dia yang romantik.
Tak perlu si dia yang pandai buat kejutan.
Tak perlu si dia yang bermulut manis seperti insan lain,
Menulis puisi buat sang kekasih.

Aku tak perlukan si dia yang pandai menambat hati
Seperti drama di kaca TV.
Aku tak mahu jejaka kacak yang menjadi pujaan hati wanita lain.
Aku tak mahu ditaburi wang dan benda mewah yang kononnya boleh beri kebahagiaan.

Tidak, aku tak mahu dan aku tidak perlukan semua itu.
Kalau dulu aku sering mengeluh kenapa kita sering berjauhan.
Tapi kini aku terima,
Yang aku mahu dan perlu, cuma si dia.

Dia yang tahu gerak geri dan perlakuanku tika aku dirundung sepi, didatangkan dengan masalah.
Dia yang mudah memahami bahasa jiwaku.
Dia yang tidak pernah jemu membantu aku dari segenap sudut.
Dia yang tidak pernah mengeluh akan sikap ku yang tidak-tidak.
Baran tidak bertempat mungkin, emosi tak mengira masa aku kira.
Namun dia masih di situ, setia menemani aku.
Ada ketika aku tertawa, ada tika aku berduka, tangisku, sudah sebati dalam jiwanya.

Terima kasih sayang. Semoga perasaan ini kekal ke akhirnya.

P/s: God knows what's the best for you Fadiela Faizal. Keep believing. Do not give up. Rezeki ada di mana-mana. Bumi Allah terlalu luas.

Tuesday, November 20, 2012

KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH

Assalamualaikum.



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


  1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita~♥ 


:::picture di atas tiada kena mengena pun dengan entry nie.hehehe


Thursday, October 25, 2012

KATA HATI KAWAN








"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."


Dalam dunia ini, 

Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri, 

Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. 



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. 

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. 

Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. 



Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. 

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? 

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. 

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. 

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, 

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. 



Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, 

Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? 

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? 

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. 



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, 

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. 

Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. 

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. 

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, 

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, 

kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu

“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”




Friday, September 28, 2012

K.A.W.A.N+S.A.H.A.B.A.T+R.A.K.A.N :)


Bukannya senang nak cari kawan yang baik . 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . 

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. 
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya 
untuk mencapai kejayaan. 

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat 
perkara yang buruk dan sia-sia. 
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk 
berbuat kebaikan. 

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih 
atau gembira. 
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan 
kepada kawan biasa. 

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada 
disisinya. 
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan 
kawan yang baik . 
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai 
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan 
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita 
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita 
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, 
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang 
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu 
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. 

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan 
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman 
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada 
kawan baik nya. 

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu 
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. 

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

#KAWAN.SENIOR.ADIK ANGKAT#
~sayang kamu ketat-ketat~


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

K.E.N.A.P.A K.A.W.A.N B.A.I.K B.U.K.A.N K.E.K.A.S.I.H?

Kadangkala kita akan terfikir sesuatu.
Mengapa kita tidak bercinta dengan kawan yang sangat mengenali kita?
Mengapa kita tidak bersama dengan kawan yang kenal luar dan dalam kita?
Mengapa kita tidak boleh menyayangi kawan itu lebih dari sepatutnya?
Mengapa kita tidak pernah melihat dia lebih daripada sekadar kawan biasa?


Kadangkala kita terfikir bila suatu benda terjadi.
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita sayangi?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita cintai?
Mengapa bukan kawan baik itu yang kita kasihi?
Mengapa bukan kawan baik itu, sedangkan dia lebih memahami?


Dan itu semua hanya akan tinggal sebagai persoalan yang tiada jawapan paling kukuh kerana kita akan sering tertanya-tanya benda yang sama setiap kali kita menghadap jalan buntu dalam perhubungan sedia ada. Setiap kali kita lihat hubungan cinta kita terumbang ambing tanpa paksi yang kukuh yang dibina, kita akan berpatah balik pada persahabatan yang setia. Kita melihat bahawa hubungan persahabatan itu lebih kukuh berbanding percintaan, walaupun kita sering terlupa, percintaan kita bermula dengan hubungan persahabatan, cuma si dia itu yang mungkin ditakdirkan untuk bersama kita, dan bukan kawan baik yang setia.

#Thankz becoz be kawan baiksaya dari zaman sekolah until now#



Kawan baik akan kekal kawan baik.
Kawan.
:)


Nukilan rasa,
Fadiela  Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with puple damn much ~

T.H.E I.N.S.I.G.H.T



i wish i can be a writer.
i wish i can create writings that help readers to understand my feelings.
the writings that can help my readers to find their way out.
the writings that help readers to take things in a positive way.
the writings which help people find their own solution.

i wrote about love. relationship. peace. shops. merchandise.
i want to write everything.
my thoughts. my expressions. my advices.

the world seems funny.
we never realised about that until we come into our senses.
we see world as beautiful.
we see world as very elegant.


but we forgot.
this word is a cheater.
like a snow globe,
we see this world as something diligently beautiful.
but we forget.
along comes with the beauty,
there are hardships, lies, exploitation, greed.
etc.

sometimes,
we need to see the other side of this world.
before we start to indulge deep into it.
before we start falling in love with it.
                          

                  Lots of love,
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much ~

Thursday, September 27, 2012

C.I.N.T.A + S.A.H.A.B.A.T :)


::Ku ingin jadi seperti kapas yang selalu ada untuk membalut tubuh mu. Ku ingin jadi seperti darah mengalir di setiap nadi mu. Ku ingin seperti udara mengisi setiap ruang kosong di jiwamu. Tapi yang paling pasti, ku ingin menjadi sahabatmu, menemani setiap langkah kakimu::





Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal 
~ Gadis biasa yang suka pada bulan +  pantai & addicted with purple damn much ~

Tuesday, September 25, 2012

WHATS NEXT..


...i just hope to be strong. whatever may come next..

luaran nampak tenang, hati gundah siapa yang tahu?

...Dia tahu..hanya Dia yg tahu.

Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung..

some stories are better left unsaid..

kadang2 yg pahit itu juga nikmat..senyum dan teruskan tanpa putus asa.. :)

^__^

Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya..

InsyaAllah, everything will be fine in the end. If it's not fine, then it is not the end yet. So, keep on fighting! ^^




Wednesday, September 5, 2012

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG ♥



kalau aku ada sakti, aku nak pinjamkan kedua belah mata aku pada orang yang tak nampak apa yang kita sedang tengok sekarang..aku nak jadi macam tu !


bila kau sayang seseorang, kau akan biar dia memilih dan terima apa jua pilihannya..tapi bila kau cinta atau suka seseorang, kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus..


aku ingin mencintainya dengan sederhana seperti kata kayu kepada api yang menjadikannya abu..aku ingin mencintainya dengan sederhana..


percintaan itu tugu kasih sayang yang kukuh..kolam persahabatan yang teguh..gunung setiakawan yang utuh..sungai kebahagiaan yang teduh..bersama susuri arus gelombang !


hari ni aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian dari kata-kata..dapat diubah, boleh juga untuk dilupakan..memberi janji mungkin mudah untuk melupakan, tapi menerima janji, sampai mati diingati..ada waktunya, janji juga menjerut hati sendiri, semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..


lelaki gunakan istilah berkawan sebagai pembuka kepada setiap perhubungan yang lebih serius..tapi perempuan gunakan istilah berkawan untuk memutuskan sesuatu ikatan..


Tuhan tu akan bagi yang terbaik pada setiap hambanya..cuma kita sebagai hambanya kenalah berlapang dada dan kita kena tahu membaca apa yang tersirat disebalik suratan hidup kita..


kita kena tengok dengan mata hati yang bersih..memang lah pada kita manusia, kita rasa apa yang kita nak tu adalah yang terbaik..tapi pada ilmu ALLAH, ada lagi yang lebih baik dari itu..jadi, lebih baik rapatkan diri dengan ALLAH..disitu kita akan jumpa cinta yang sejati..


-HANYA AKU CINTA KAU SEORANG-

Tuesday, September 4, 2012

SALAM CINTA


I masak, You Makan, I tidur, You Teman, I sakit, You Jaga,
I Makmum, You Imam, I Lahirkan, You Azankan...

Indahnya Perkahwinan...Semuanya HALAL(:



‎::DON'T WAIT for the right person to come into your life::
::MAKE YOURSELF the right person to walk into someone else's life::

(:be a right person first ,, Insyaallah...♥ 



Lots of love:
Fadiela Faizal
#Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much#


Friday, August 31, 2012

PERJALANAN HIDUPKU


If you love something. Let it go. If it comes back to you. It's yours forever. If it doesn't then it was never meant to be. When you've finally found someone good. Don't go looking for someone better. When you have GOD. You have everything. When you have everything. You should not worry about anything. Most poisonous three letters EGO. Kill it. Have we said "thanks" to Allah The Almight today.? For all the blessing he gives us. Let's say ALHAMDULILLAH.


p/s: Tidak semua yang cantik itu sempurna(:



Lots of love:
Fadiela Faizal
:: Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much ::

Thursday, August 30, 2012

KERINDUAN ITU INDAH

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..




Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.."


amin...



Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
:: Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much ::

MY FUTURE HUSBAND,LISTEN THIS (:

Dear Future Husband,

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife, ever, insha'Allah.
I will dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be, insha'Allah.
I will have as many children as you want. I will raise your children to be the best they can be. I will be the best mother, insha'Allah.

As long as you promise me one thing, help me get to jannah. 

With Love♥:
Me(:




Lots of love:
Fadiela Faizal
:: Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much ::

‎:: UNTUK CALON SUAMIKU YANG TELAH TERTULIS ::



Dengan niat ibadah semata-mata mencari Redha-Nya,izinkan aku mengungkapkan ketulusan hatiku,Kelak disaat aku sudah menjadi hakmu :

Ketika sebagai isterimu aku telah melalaikan kewajipanku dalam bertakwa kepada Allah Azza Wa Jalla,Maka ingatkanlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah melalaikan kewajipanku dalam rumah tangga,Maka tegurlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah berani membantah perintahmu,Maka lunakkanlah.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak menuntut harta dunia,Maka ingatkanlah tentang akhirat.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak berbuat salah,Maka perbaikilah.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak kufur atas pemberianmu,Maka ajarkanlah bersyukur.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak keluar rumah tanpa izinmu,Maka jadikanlah rumah sebagai syurga kita.

Ketika sebagai isterimu aku telah mulai tidak setia,Maka sayangilah dengan hatimu.

Ketika sebagai isterimu aku telah banyak khilaf,Maka bimbinglah ke jalan yang benar.

Aku tak mahu hubungan halal kita akan menjerumuskanku ke jurang murka-Nya.

Aku hanya ingin patuh dan taat kepada Allah Azza Wa Jalla dan suami.

Aku hanya ingin mengabdi dengan sepenuh ketulusan hati hanya kepadamu,Bukan kepada yang lain.

Aku ingin engkau selalu menasihatiku,membimbingku, ke jalan yang di redhaimu.Yang akan membawaku menuju Redha-Nya.Menggapai Jannah-Nya...Aamiin ya Rabbal'alamin..


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
:: Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much ::

BOLEHKAH AKU BERCINTA ??


Bismillahirrahmanirrahim,,

Ya Allah bolehkah aku mencintainya??
Ya Allah bolehkah aku menyayanginya??
Ya Allah bolehkah aku merinduinya??

Bila rasaku ini mulai mengganggu segenap hatiku..
Aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri..
Aku perlukan sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini..
kepada siapa aku akan melabuhkan cinta ini...yang sampai saat ini belum aku bisa temukan jawabannya...

Jika memang dia yang bisa menjadi terbaik untukku,,kan kupasrahkan semua kepadaMu...

Jikalau dia yang tepat KAU pilihkan untukku tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati...

Jika bukan dia yang terbaik
untukku kan ku cuba untuk mengikhlaskan
semua walalupun sakit untuk menanggungnya...

Ya Allah...
Jika memang Kau jodohkan dia kepadaku,temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan berkat..

Semoga dengan ikatan pernikahan ini ,,cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi...
Untuk membangun keluarga Sakinah, Mawadah Warahmah
kelak..Aamiin.


Nukilan rasa:
Fadiela Faizal
:: Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much ::

Wednesday, August 29, 2012

MENCINTAI INSAN BERPAKSIKAN CINTA ALLAH (:


Lelaki Yang BAIK adalah lelaki yang PALING BAIK terhadap isterinya...
Siapa yang tak nak seorang suami yang baik kan
Suami yang menjaga kebajikan kita
Suami yang tahu melayan kehendak kita
Suami yang sentiasa meluahkan dan mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada kita....

cakap pasal meluah dan mengungkapkan rasa sayang.......
sebenarnya ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk meluahkan rasa cinta dan sayang pada seseorang
terbaca di dalam sebuah buku
tentang bagaimana seorang suami yang sederhana
yang hanya mampu menyediakan keperluan asas yang sederhana kepada isterinya
keluarga ini sering di pandang serong kerana kemiskinan mereka
si isteri di pinggirkan oleh rakan-rakannya kerana
TIDAK SETANDING DENGAN MEREKA

namun keluarga ini tetap bahagia
pasangan suami isteri ini sentiasa gembira
pada suatu hari, seorang rakan terserempak dengan si isteri
lalu si isteri mengajak rakannya singgah ke rumah
sedang asyik berborak, si rakan terlihat sebuah album gambar
lalu di ambil olehnya dan album tersebut di buka

di dalam album itu di penuhi dengan kad kecil dan kepingan-kepingan kertas yang tertulis ucapan yang sama di setiap kad
lalu si rakan bertanya kepada si isteri tentang kad-kad dan kepingan kertas kecil tersebut
dengan lemah lembut si isteri berkata

"Itu adalah KUNCI kebahagiaan keluarga kami"

Setiap hari, sebelum si suami keluar rumah, dia akan menulis ucapan dan meninggalkan kad atau kertas diatas katil mereka.
ucapan yang di tulis pula sama sahaja iaitu

"Terima kasih kerana masih menjadi isteri abang. Abang sayang dan cintakan Sayang kerana Allah."

hanya dengan sekeping kertas dan kad dan dua baris ayat menjadi peneguh ikatan kasih pasangan suami isteri ini...

Ya Allah..... indahnya ikatan perkahwinan yang menjadikan Islam sebagai asas perhubungan.
Indahnya Cinta antara dua insan yang menjadikan Cinta Allah sebagai paksi..



Nukilan rasa:
Fadiela Faizal
~gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Tuesday, August 28, 2012

Judge do the judging :)



Never judge anyone by their past,even if it was days,hours, or minutes ago. A person can change and repent in a split second. Only ALLAH knows,so let the Judge do the judging :)




P/S: ‎#Cubaan itu adalah ukuran sempurna atau tidaknya keimanan seseorang#
[surah Al-'Ankabut]




by: Fadiela Faizal
~gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Friday, August 17, 2012

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A A.I.D.I.L.F.I.T.R.I

 


Lots of love,




~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai  & addicted with purple damn much~

Saturday, August 11, 2012

K.E.T.E.N.T.U.A.N D.A.R.I A.L.L.A.H




Kita BERKENALAN secara tidak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH...
kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG
kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI
kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN
kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG  PADA KITA
kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, Dia yang RANCANG
kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita

da ketahuilah, sama ada hubungan kita akan BERKEKALAN
sehingga ke SYURGA atau TERPUTUS DI TENGAH JALAN juga
ALLAH yang tentukan..
Jadi, usah risau...
Andai Kamulah PEMILIK TULANG RUSUKKU yang telah di tetapkan ALLAH di LUH MAHFUZ untuk saya
Insya Allah kita akan BERSATU juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa.


Lots of love,
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Friday, August 10, 2012

P.E.R.A.S.A.A.N K.A.S.I.H S.A.Y.A.N.G




Kadang kala, kita seakan mahu menolak dan menafikan kata hati sendiri.
Kata hati yang menyatakan bahawa kita sayang dia.
tapi kite takut, orang yang kita sayang itu akan meninggalkan kita
takut orang yang kita sayang melepaskan tangan kita

lalu kita membuat keputusan
bahawa tidak lagi mahu menyayangi orang
bimbang hati ini disakiti, dilukai
diri kita boleh menafikan dan menolak kasih sayang yang datang kemudian

namun kita tetap tidak dapat menghalang
mereka menyayangi diri kita.
menjaga kebajikan kita
betapa egoisnya kita menolak kasih sayang itu

tidak kah lupa kasih sayang itu Anugerah dari Allah
Yang diberikan kepada setiap hamba-Nya
betapa menolak dan menafikan, hati tetap tidak mampu menipu.
jadi, haruslah kita menyayangi orang yang menyayangi diri kita


  Lots of love,
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

7 A.U.G.U.S.T I.S M.Y B.I.R.T.H.D.A.Y




# now I'm officially 24 already =) sy sudah tua! ye!ye!
#Selamat ulangtahun kelahiran utk sy#
#Selamat ulangtahun kelahiran untuk Fadhilah Adawiyah binti Faizal =..=

::Thank a lot to my hensem,kacak,cute,comei,cantik frenz that i love very much sebab dah wish , korang semua memang the best I ever had ! ::

Firstly , i wanna say thank you so much for those yang dah wish me happy birthday , honestly I'm speechless and rasa terharu sangat , around 450 people wish for me and that is the best thing i ever had in my 24 years , kalau nak reply semua memang tak sempat , dapat balas thank you macam ni jer, thanks once again ! =) http://www.facebook.com/fadiela.faizal


Lots of love,
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

LELAKI YANG LAYAK UNTUK PEREMPUAN




Every Woman Deserves A Man Who calls her BABY,
KISSES her like he means it,
Holds her like he never wants to let her go...
Doesn't CHEAT or LIE, Wipes her tears when she cried..
DOESN'T make her JEALOUS of other WOMEN..instead makes other women jealous of her...!!
A Man who ISN'T SCARED to let his friends know how he really feels about her..
and always reminds her of how much really he LOVES her..

# apa guna kalau hubungan yang terjalin sekadar mengisi kekosongan diri. biarlah hubungan itu berakhir dengan sebuah ikatan yang halal..ya , halal untuk aku dan juga kau :) #


Lots of love,
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Tuesday, July 31, 2012

E.M.O.S.I B.E.R.U.B.A.H-U.B.A.H


Assalamualaikum wbt


Daripada budop wangi duduk elok-elok tetiba emosi nak ubah sana, ubah sini. Daripada duduk bercakap elok-elok dengan umi budop wangi, tetiba emosi nie nak hangin pulak. Al-kisahnya bila umi budop wangi ada beritahu something yang tak sedap didengar. Buat baik pun orang still nampak tak baik. Buat apa pun tak pernah ada yang nak appreciate. Budop wangi tak mengharap. Tapi at least biarlah penat lelah budop wangi nie terubat sikit dengan tanda penghargaan daripada hampa bukannya mengutuk kelemahan budop wangi. Budop wangi tak sempurna.

Budop wangi dah tak tahu nak buat macam mana lagi. Kadang-kadang budop wangi hanya nampak orang lain yang tu baik belaka. Puji tinggi-tinggi sampai melambung ke langit. Budop wangi tak minta untuk dipuji tapi at least hargai budop wangi. Itu jer. Adat la manusia, bila hidup orang tak nampak. Bila dah tak ada nanti barulah nak tercari-cari. Cari pun dah tak guna.

Budop wangi GERAM sangat-sangat. Cara untuk budop wangi tangani perasaan geram budop wangi sekarang ialah MENANGIS. Itulah cara terbaik buat budop wangi. Nak hempuk sana sini pun tak baik, so baiklah buang airmata nie untuk benda yang tak bagi faedah langsung. Mudah-mudahan hati budop wangi nie berasa lega sikit. InsyaALLAH.

 ~credit by: mr.google~



#Kan best kalau jadi boleh budak-budak sentiasa. Pergi sekolah - balik sekolah - makan - tidur. Tapi hakikatnya tak boleh. Kita akan dewasa dan MATI. Itu pasti.#


Lots of love,
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Friday, July 27, 2012

B.U.T.T.E.R.F.L.Y ('',)



Lirik Lagu Butterfly -Melly Goeslaw / Andhika Pratama (Lagu Tema OST Deejavu di Kinabalu)

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Lots of Love,

~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted  with purple damn much~

Thursday, July 26, 2012

R.E.S.U.L.T D.A.H K.U.A.R!!!

Salam Ramadhan buat semua sahabat,rakan,kawan & teman budop wangi tersayang..=)
hari nie dah 6 Ramadhan buat kita semua.kejap jer kan rasenye..hihi..

Topik budop wangi kali nak cite pasal result exam dah kuar!!hehehe..
gementar & takut gak nak tengok ari 2 coz ade la jgk yang budop wangi banyak xdpt jawab & score..
Tapi budop[ wangi dah try buat yang terbaik & semampu budop wangi lakukan..
Budop wangi tertarik pada kata-kata BFF budop wangi a.k.a RES IPSA LOQUITOR: '' Kadang2 ALLAH  xkan bagi apa yang kita nak,tapi DIA bagi apa yang kita perlu.

ALHAMDULILLAH..Apa2 pun budop wangi dah bersyukur ngan result yang budop wangi dapat nie walaupun turun sket dari sem lepas.. COMMERCIAL LAW dpt C=(
InsyaALLAH,budop wangi akan sentiasa teruskan usaha demi menuntut ilmu ini kerana ALLAH.. 

Untuk kawan2 budop wangi di UNISZA,Tahniah tau atas result exam korang. Pada yang result xok,jangan bersedih sangat tau..kita same2 pertingkatkan usaha kita lagi ea.Sayang korang semua tau.




BBA RISK MANAGEMENT & TAKAFUL 4


Lots of love,






~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~


Tuesday, July 24, 2012

K.I.S.A.H P.E.N.G.L.I.P.U.R L.A.R.A


C.I.N.T.A?
ada ape??
Mcm mane??
serious??.tak reti??.
tapi..

kita tidak perlu mencari seseorang manusia yang sempurna untuk dijadikan teman,cukuplah mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna.

terharu?gembira?bahagia?



To all my beloved .thank you very much.


Kita berjumpa hanya 1 kebetulan, berjumpa bukan untuk kebaikan, tapi penuh dengan kenakalan, kebetulan akhirnya berkekalan. Pelbagai kenangan telah dilukiskan, diwarnai dengan gurauan dan usikan, dihiasi dengan gelak tawa dan juga senyuman, kebetulan membawa kerinduan di saat berjauhan. Namun, tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berkawan kecuali ajal dan juga kematian. Terima kasih untuk kebetulan ini kerana mengajar saya erti sebuah persahabatan yang tidak ternilainya.



saya tau saya sedar.

kenapa saya tidak ke UNIVERSITY OF TEESSIDE MIDDLESBROUGH,UK.
kenapa saya tidak ke UNIVERSITY OF AMERICAN COLLEGE DUBLIN,IRELAND.
kenapa saya tidak ke UITM DUNGUN.
kenapa saya ke UNISZA.
kerana..





Kami ditetapkan untuk saling mengenali:-)
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari,
kemudian Allah hadirkan kita guruh dan kilat,
Puas kita mencari di mana matahari,
rupa- rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah.
  
untuk awak.
terima kasih .infinity.♥
kenapa UNISZA tidak Ireland?
kerana ada pantai di UNISZA kan?



Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.


Lots of love:
::Gadis biasa yang suka pada bulan+pantai & addicted with purple damn much::

Monday, July 16, 2012

A.K.U,D.I.A & C.I.N.T.A




If you want me to be your "chef", so can you be my "imam"??


#Bezanya awak dengan dia ialah...dia masa silam saya#
#Tapi awak masa depan saya#
#Dia kenangan saya#
#Tapi awak selalu jadi IMPIAN saya#


Kisah sebuah cerita...
Bila ada Si Puteri, mesti ada Si Putera...
Inilah kisah ceritera kami...
Dari kawan biasa hinggalah kawan luarbiasa...

Hikayat penglipur lara dan duka lara bersama-sama...
Pada suatu masa, menjadi tanda tanya...
Adakah ini akan kekal lama???

Dengan restunya kedua-dua pihak ibu bapa...

InsyAllah, kekal selamanya...

Hanya masa menentukannya.....




Friday, June 1, 2012

P.H.O.T.O-S.H.O.T PART 2


budop wangi + miza joe + cik farah & mohd zaki =)


budop wangi nampak gemuk,..huhuhu..with cik farah + mohd zaki =)




huhuhu...sweetnye kami bertiga =) 
mohd zaki + danial hapez & me a.k.a budop wangi..hihi

Lots of love,






Fadiela Faizal[2012]
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple ~

I.D.E.A M.A.J.L.I.S A.N.G.A.N-A.N.G.A.N - PART 1



salam..

psst..psstt...arini budop wangi dah start cuti for study week..tapi cuti..

sepatutnye budop wangi kene la study,tapi tgk la asyik mengular jer berfb & berblogging..hehe~~

sje2 release tension jp nie,,6ti budop wangi sambung study lg =)


hmm..arini budop wangi nak cite pasal theme colour untuk hari angan2 budop wangi..

hehe..6ti gatal sgt nk angan2 nie,just ske2 dlu,jeles tgk kwn2 budop wangi ramai dh nk kawen nie :p..

so..i've decided to choose :

1. variation of purple & turquoise



purple + turquiose inspiration =)


majlis resepsi =)




Wedding card =)





pelamin color purple :)



flower ball purple putih =)



cupcake purple + turquiose..nyum3 =)






Akhirnya masjlis angan2 budop wangi.lalalalala.. =)






home sweet home :) bilik tidur idaman budop wangi..hehehe




Lots of love,

Fadiela Faizal [2012]
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai + addicted with purple ~