SI JANTUNG HATI (:

Friday, April 18, 2014

C.I.N.T.A A.T.A.U S.U.K.A



Cinta Atau Suka?


Kata orang tua-tua, banyak padang banyak belalang. banyak orang banyak ragam. so, disebabkan keadaan inilah banyak orang yang terkeliru dengan hati dan perasaan sendiri. Suka atau Cinta.? Itulah masalah yang selalu dihadapi oleh sebahagian manusia, dan tidak terlepas juga kepada aku :)





ADMIRE - Kau tak pegang hati aku pun, aku tetap ikut kau. Everywhere!


Saling suka tak bererti mesti bersama. Saling cinta tak bererti mesti memiliki. Takdir ALLAH kita harus terima. Aku pendoamu dari jauh :)

Thursday, April 17, 2014

H.I.D.U.P K.E.M.B.A.L.I



Assalamualaikum semua!

Pejam celik pejam celik saya dah lama juga  post entry dekat blog ni.
Rindu Miss Purple dop? :)  perasaan je kita ni kan. Cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah, sekarang dah setahun saya jadi Pembantu Akauntan di Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia.

18.03.2013 - 18.03.2014

Selamat ulangtahun pertama FADHILAH ADAWIYAH FAIZAL.




sampai saat ini .


tersentak , terbangun aku dari tidur .
aku harap malam itu cuma mimpi .
mimpi yang tiada secebis memori .
mimpi ngeri yang aku mohon pada Yang Esa.
 jangan berulang lagi .
aku tak mampu .
"Ya Allah Ya Tuhanku, andai kata ini ketentuan dari-Mu, aku Redha walaupun bukan ini mintaku."

Aku tak pernah bermimpi untuk bermandian bersama air mata yang gugur. Jauh sekali ingin memiliki hidup yang lara seperti ini.
  Tak tertanggung sungguh penderitaan ini. Hebatnya ujian Tuhan berikan.
Lidah bercabang, janjinya sekadar di bibir, angan-angan setinggi seperti awan yang di berikan juga membunuh aku sikit demi sikit.
Kalau ini mahuMu,
Kalau ini kataMu,
Kalau ini pintaMu,
Aku pasrah dari lubuk hati yang paling dalam. 
Selamat berbahagia MOHD AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD YASIN.
Terima kasih.

Untuk waktu walau tidak diizin Tuhan ini lama. Tapi aku bersyukur, kita pernah punyai sejarah manis bersama walau hari ini kita tidak lagi seperti dulu.  
Terima kasih tolak aku. kerana aku mungkin tidak akan menemukan kesempurnaan hidup tanpa penolakan itu.

Tak mungkin untuk aku membenci. cuma sayu. Bila aku terlihat setiap keping gambar yang dirakam dulu, aku selalu merasa ia bernyawa. Walau tanpa kata, angin rasa tetap seperti dulu.

Sekarang senyum kau, tak ikut hari-hari aku.

Aku merasa bahagia bukan kerana diri aku bahagia, tapi melihat setiap inci hidup kau yang kini telah berbahagia.
Maafkan aku. Aku ini bukan seorang pencipta novel atau apa-apa pun. Tapi aku hanya manusia yang biasa. Aku ini seorang yang suka mentaip, mencerita, meluahkan perasaan aku ini. Blog ini sudah menjadi sebahagian diari hidup aku. Semua kisah yang disini adalah kenyataan dan benar. Bukan hanya rekaan atau tipu. Terima Kasih.