SI JANTUNG HATI (:

Wednesday, August 3, 2016

FIRST ENTRY DUA RIBU ENAM BELAS

Assalamualaikum semua! Hai! Hai semua! Masih ada lagi kah orang yang SUDI baca blog budop wangi yang makin lama makin mereput ni? Kalau ada Alhamdulillah la, sayang sangat kat hampa dari langit ke bumi , dari dunia ke akhirat, kalau takdak, maknanya aku syok sendiri lah ni? Ceh takpa takpa.

Maaf juga kepada yang tertunggu tunggu aku tuk reply komennya. Bukan apa busy, dan sengaja membusykan diri Chewah!! haha.

Jadikan 2016 adalah kekuatan hasil dari cabaran 2015 yang penuh gila ranjaunya.

Kuat ! Kuat ! Kuat !


Hari ni budop wangi nak post pasal CINTA.


Aku tak pernah nafi yang aku adalah seorang sapiosexual (orang yang tertarik pada kebijaksanaan). Aku sangat suka pada kebijaksanaan sampai setiap hari aku bangun dengan perasaan rasa diri sangat bodoh dan akan google dan stalk fb orang orang bijak untuk aku baca sesuatu. pendek kata, setiap hari aku wajib belajar satu benda baru!. tapi walaupun aku suka kebijaksanaan, aku tak pernah jatuh cinta dengan orang bijak. cuma suka pada otak mereka yang bijak untuk aku curi ilmu 😉

tapi korang nak tahu tak? . orang yang buat hati aku jatuh hati pula langsung tak ada ciri yang aku mahu sebagai sapiosexual. langsung tak ada. tak ada maksud aku bukan dia tak bijak.mungkin aku rasa dia lagi bijak dari aku yang kurang bijak sebab jatuh hati kat dia . ya! dia bijak, bijak menambat hati aku. dan sampai petang ni aku masih tertanya "apa yang aku nampak kat dia tu? ...yang aku tahu dia cuma..istimewa. setiap inci tentang dia sangat istimewa. apa yang istimewa aku pun tak boleh jawab.😊 rahsia hati aku la kan.

Nota kaki : Hati urusan Tuhan. ♥aku sebenarnya tak pernah terfikir nak berada dalam situasi tu.tak langsung. sekeras keras kepala aku, se ego ego aku, tersungkur jugak. 😢

Kadang-kadang kita senang dengan beberapa manusia. Mungkin dia tidak terlalu apa-apa bagi kita. Cuma kalau dia ada, mungkin lebih bermakna.

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~