SI JANTUNG HATI (:

Friday, July 12, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI :)

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1434H...

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa.Rasanya belum terlambat lagi untuk budop wangi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mulia kepada seluruh umat Islam...Semoga amal ibadat kita semakin bertambah dan kekal bertambah di bulan mulia ini..Amin...

Ramadhan datang lagi
Apa yang kamu rindukan?
Apa yang kamu mahu gandakan?
Ganjaran apakah yang kamu mahu?


Aku rindukan Solat Terawih
Aku rindukan taddarus Al-Quran
Aku rindukan malam Lailatul-Qadar


Aku juga mahu ganjaran pahalaku digandakan
Aku ingin banyak bersedekah
Aku mahu mataku dijaga,mulutku dijaga,
Aku juga mahu nafsuku dijaga,tindak tandukku dijaga


Rinduku pada syurga Allah,
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan;
Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Aku rindu segala-galanya di bulan Ramadhan ini.....


"Selamat Berpuasa"


Pesanan:Tazkirah Ramadhan: Bulan puasa adalah bulan untuk melipat gandakan amalan baik,bukannya bulan untuk tidur.

# Take noted Fadiela Faizal! :)

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~