SI JANTUNG HATI (:

Friday, August 29, 2014

LUKISAN HATI

Kembali pada asas perhubungan - kenapa lelaki diwujudkan untuk wanita? dan kenapa wanita diwujudkan untuk lelaki? Kenali bagaimana cara mereka berfikir secara natural - bukan kenali pada rasa muda yang membuak untuk memiliki. Tolak jauh rasa emosi, letak dekat rasa tanggungjawab.

Diskusi dan toleransi - Kalau tidak boleh untuk duduk semeja dan berbincang beri masa dan ruang jika masih tidak boleh berbincang dan duduk semeja - buat keputusan.

Hati kita - kita kena jaga. Tapi bukan dengan melebihkan hati orang lain. Begitu juga sebaliknya, Jangan pula terlalu lebihkan diri sendiri sampai lupa kepentingan pada hati orang lain.
 
Di janjikan awak untuk tidak tinggalkan saya,
Ditinggalkan hari ini,
Awak kata jangan tinggalkan awak,
Awak tinggalkan saya,
Dah takdir kita tiada jodoh,
Aku mimpi mungkin,
Kecewa hati mengejut,
Bangun!

Itu sebab Tuhan ada, yang selalu kita lupa bila ada, yang selalu kita ingat bila hilang.

Berdoa! Tuhan sayang.
 
Relationship ini tentang ruang. Bukan tentang memiliki. Mungkin rasa dia itu cukup terbatas untuk dia bergerak.

Untuk memenangi hati dia, hanya ruang saja yang mampu untuk buat dia rindu. Jadi terbangkah lah dia.

Takut untuk dia pergi melupakan kita itu, mari kita kembali pada jalan yang Tuhan sudah tulis;

"Jodoh".
 
Aku bersyukur punyai putera + puteri ini menemani hari-hariku.

 
Terima kasih Tuhan.
Restu akan silaturrahim ini.
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

BEBASKAH AKU?

Selamat Hari Merdeka Malaysia.
57 tahun dah.
Si tua yang sepatutnya dah matang.
Aku bangga berdewasa bersama kamu--
cuma kadang-kadang aku bodoh maksud #merdeka yang ramai laung-laungkan.
Sebab aku dah selesa.

Aku pun kibar bendera.
Aku pun raikan sama.
Esok-esok baliklah macam biasa.

Di Gaza merdeka itu pasti paling manis untuk semua.
Sebab dia orang bayar guna peluh dan darah.
Aku belajar teori dari orang cerita dan buku sejarah jer.
Bagi aku bila sebut merdeka.
 satu je.
 
 syukurlah banyak sebab kita masih boleh gelak dan ketawa.

Semoga tanah ini sentiasa keramat di atas cinta Tuhan.
Dan tetaplah sesungguhnya.
 Di sini lahirnya sebuah cinta.
 
 
 

 


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

 

Thursday, August 28, 2014

AKU ANAK ABAH

Bila sakit tahap tak larat nak bangun , tiba-tiba rindu perhatian dari seorang abah. 
Kecik-kecik dulu kalau sakit arwah abah suap makan, papah pergi toilet, bawak pergi klinik. 
Tapi apakan daya, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. 
Pejam celik pejam celik, 2014 genap 8 tahun hilang sentuhan kasih seorang abah.
 Saya dulu memang anak manja tahap mintak penampar. 
Manja yang mengada-ngada, Tapi pada masa yang sama  lasak . 
Tapi jenis suka berdikari sendiri. Degil. Jiwa lembut.
Anak tunggal perempuan la kata kann.
 Selepas arwah abah meninggal.
 Saya membesar dengan umi dan abang + adik-adik lelaki. 
Start dari situ la semua kena buat sendiri.. 
Padan muka.
 Umi strict giler dan zaman remaja saya tak seindah anda mungkin. 
Saya tak leh tengok tv, 
tak leh dengar radio, 
tak leh keluar bermain-main. 
Kawan-kawan lain sibuk tengok teletubies, 
saya sibuk basuh kain, 
sapu daun-daun kering perkarangan rumah, 
cuci pinggan, tolong umi masak.
Tapi tak mengapalah.. 
Pain taught me to be better, 
sadness taught me to be stronger 
and love taught me to be fearless... 
Kak ngah miss you abah. 
Al-Fatihah.
 
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

GADIS BIASA

Perempuan ni dia bercerita masalah dia kat awak sebab nak awak dengar je sebenarnya. 
Bukan nak awak settlekan masalah dia pun. 
Maka dengan itu, jadilah pendengar yg baik untuk pasangan masing2.
 "Manja-manjakanlah perempuanmu, nescaya dia akan sentiasa tunduk pada dirimu.
 Tunduk dalam ertikata dengar tiap nasihatmu, bukan cacimu."
 

'Cause I'm only human

And I bleed when I fall down

I'm only human

And I crash and I break down

Your words in my head, knives in my heart

You build me up and then I fall apart 'Cause I'm only human.
|  Christina Perri - Human |

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Wednesday, August 27, 2014

KATA KATA ITU SATU DOA

Pentingnya menyedari bahawa kata-kata itu suatu doa.

Tatkala kita kurang berduit, tetapi kehendak menghantui diri. Nak Macbook baru, nak Ipad baru, nak kereta Volkswagen baru.

Ehem.

Elakkan sama sekali mengeluarkan kata-kata negatif seperti:

- aku mane mampu
- aku takde duit

Cuba.
Hari-hari cakap dekat diri sendiri.
Nampak je Volkswagen lalu depan mata, terus cakap, "eleh, tak lama lagi aku boleh bawak dah Volkswagen tu, tak lama dah. Next year insyaALLAH"

Nampak je Macbook mase lalu tu, pegang2 sikit, pastu cakap, "eh, minggu depan boleh beli dah ni.. Senang sket nak update blog lepas ni."

Elakkan dari cepat putus asa, pesimis, rendah diri keterlaluan atau, terlebih yakin.
Kurangkan dari bergaul dengan mereka yang menyebabkan anda rasa terlalu kerdil atau, mereka yang suka mencari keburukan orang, dan mereka yang tidak pandai, atau mereka yang berlagak pandai.

Bahaya.

Selamat mencuba dan mencari 'teman sejati' :)

REMEMBERING

Siapalah yang mampu bergembira seandainya ada
Saudara-mara yang pergi tanpa sempat mengucapkan kata
"Selamat Tinggal, Semoga Berjumpa Lagi"
Kepergian yang tak pernah diduga
Dan pergi yang takkan kembali lagi

Sebaknya
Sungguhpun mereka yang pergi itu tiada pertalian darah denganku
Namun kuharap doa yang dikirim
Sampailah hendaknya buat mereka

Sesungguhnya kita semua akan pergi
Dengan cara yang kita sendiri pun belum pasti

Al-fatihah #MH17
Selamat pulang.
Welcome home.


HARI HARI KU RASA CINTA



Aku selalu rapuh.
Pantang tersadung.
Jatuh terduduk.
Tapi aku lawan semua rasa itu.

Hingga ada yang bertanya,
'Kau ni, tak pernah ke sedih dan diam satu hari?
Ke memang hari-hari pun hidup kau senang bahagia gembira?'

Sejujurnya,
bukan begitu.
Sebab bagi aku,
Kalau aku hebahkan satu dunia pun masalah aku,
Mungkin yang benar-benar sudi membantu,
Dengan jari ini cukup mudah dihitung.

Tapi aku bersyukur.
Atas setiap dugaan yang turun,
Dia datangkan juga beberapa insan mulia yang sudi membantu.

Walau hanya dengan kata-kata semangat.
Walau dengan hanya senyuman.
Walau kadang kala datang dengan nasihat.

Terima kasih, Tuhan.
Moga ukhuwah ini berkekalan.
Moga dijauhkan dari iri hati dah kejahatan.
Juga dengki dihasut syaitan.

Perkara paling manis adalah,
Didoakan yang baik-baik oleh rakan taulan.
Perkara paling indah adalah,
Berjaya bangun dan senyum selepas kejatuhan.
Dan perkara paling membahagiakan adalah,
Dihargai dan menghargai walau sekecil-kecil nikmat pinjaman.
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 
 
 

Tuesday, August 26, 2014

JATUH DAN BANGKIT LAGI


Tengok seorang gadis,

"best nya la hidup dia.
kaya, cantik, lembut, bekerjaya, laki hensem.
kan bagus kalau jadi macam dia"

dalam masa yang sama,
fikiran si gadis,

"aish.hutang kereta, credit card tak bayar lagi. hidup aku ni busy je.ada laki hensem pun, belakang ada lain.
hm,rasanya lelaki2 kat sana tu mesti tengah tengok aku.ni susah kalau cantik ni.

tapi kan bagus kalau jadi mcm diorang. bia la xkaya, rupa biasa2, asalkan bahagia"

lumrah manusia.

selalu nampak yang lebih,indah2 pada orang lain.
tidak pernah menghargai hingga saat ketika kehilangannya.

 
Yang penting,
Percaya pada diri.
Percaya ada yang sudi sama duduk dan berdiri.
Jatuh kecundang, bangkit teruskan perjalanan.
Menangis di belakang, tersenyumlah di hadapan.
  
Just wait ! 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 


SUKA CAKAPLAH SUKA. BENCI CAKAPLAH BENCI.

Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita..
Janji ALLAH itu pasti.

Inilah yang aku selalu fikirkan untuk positifkan fikiran dan menjaga hati yang resah.

Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh..

Cinta?
Jodoh?
Tapi, itu bukanlah bermakna aku nak sangat cari pengganti secepatnya.
 Jauh sekali. 
Aku cuma nak  fokus pada diri sendiri juga berbakti pada keluarga.
 
Semalam hanyalah kenangan, walaupun aku tahu mustahil bagi aku lupakan semua kenangan itu kecuali ingatan aku ALLAH tarik semula atau aku sendiri pergi menghadap-Nya.
Aku cuma tak mahu pandang ke belakang lagi. 
Move ON!

Yakinlah wahai hati ♥


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

EID BPK KPK 2014

Terima kasih Tuhan akan silaturrahim ini.
Dia perkenan.
Dia Restu.
Dia Setuju.
Sahabat Till Jannah.

 
 Me with Ecah. Sis An. Sis Leen.

 Me with retis Melaka.FM Najib.


Me with Zarra & Sis Melania.


Manis kan mereka semua? Putera dan Puteri BPK!

Monday, August 25, 2014

KEPASTIAN

Kalau ada ruang untuk kita melihat tentang sebuah kekurangan, kita akan sedayanya mencuba untuk menutup semata untuk membahagiakan orang. Tapi, kekurangan itu tetap sebuah kekurangan yang tak pernah atau mungkin juga sukar untuk diterima orang.

Ini bukan tentang perpisahan (tunang), tapi ini sebuah jawapan yang tidak terlewatkan. Kita diikat hanya pada ikatan pada tapak sebuah perjalanan yang belum ada kepastian, maka berbahagialah.

Aku?
"Kau ingat nak lupakan kau, semudah hapus tulisan pensil dengan pemadam?"

Aku belum sempurna untuk lupakan kau sehabis baik AMIRUL FIRDAUS.
Tapi aku cuba kerana aku tahu Redha adalah jalan terbaik selepas lalui jalan terburuk.
 Terima kasih tolak aku. Kerna aku mungkin tidak akan menemukan kesempurnaan hidup tanpa penolakan itu.

Hidup selalu datang dengan tiba-tiba dimana kita juga selalu benci dengan kejutan yang selalu manarik jiwa kita untuk sendiri. 

Kini  hati aku gelisah.
Terjatuh cinta pada insan yang aku rasa cinta dia bukan untuk aku.

Hati..
 Serius aku takut.
Teringin aku bertanya siapa aku pada dia sejujurnya?
Atas dasar apa layanan dia beri penuh mesra?
Kisah PD aku singkap kembali.
terima kasih untuk kasih setiap yang kau bagi agar wujud harga pada hati setiap kita. 
 
Aku tak kuat.
Tak kuat untuk halang rasa ini.
Kekurangan aku diisi dengan hadir kau yang telah sempurnakan kekurangan aku itu atas nama: bahagia.

BAHAGIA PALING NIKMAT DARI PENCIPTA: IAITU HIDUP BERDUA, 
DALAM MENEMPUH RANJAU SAMA-SAMA.
 
 Awak,
Ini soal rasa yang tertinggal, dimana satu hari nanti kita harus juga berdepan menjelaskan semua..

Ini bukan tentang perpisahan, tapi jawapan pada kepastian (jodoh) . Hujan juga tidak lama, berhenti nanti keluarlah agar hati terus menari dengan keramaian.

Berbahagialah, pada sebuah patah jiwa kita. Permulaan itu selalu dengan merangkak sebelum kita pantas berlari. 

Wednesday, August 20, 2014

HARI LAHIR ABAH

20081958 - 20082014

Hari ni hari lahir arwah abah,
Selamat hari lahir abah,
Al-fatihah.
Rindu abah.
 
 Alhamdulillah dipermudahkan olehNya
Perginya seorang lelaki yang tak pernah mengecewakan meninggalkan diri ini,
Abah tiada ganti, tak sempat nak rasa diwalikan olehnya kalau ada jodoh nanti,
Alhamdulillah seluruh keluarga tabah dan redha.
Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali
Moga abah ditempatkan dikalangan orang yg beriman
In shaa ALLAH nanti kita jupa abah
Alhamdulillah, lillahitaala.
Abah!, in shaa ALLAH takkan lupa dan akan doakan untuk abah smpai akhir hayat.
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 
 

Tuesday, August 19, 2014

M.A.N.U.S.I.A

Manusia.

Bila kongsi dikatanya menunjuk.
Bila senyap dikatanya tak buat kerja.
Bila diam dikatanya terlampau merendah diri.
Bila bersuara, dikatanya menentang.

Hari ini berapa ramai kenal mereka2 ni?
Kak ton dengan suara nyaring, sambil ckp "comel tak kak ton?"
Didie alias dgn baju yg ibarat dlm dunia ni dia sorang je minat fesyen.
Ahmad mohamad pasangan pertama yg menderma dan menerima sebahagian hati di Malaysia,

Mereka,
Mencipta sejarah dengan cara yg tersendiri.

Setakat hari ni,
Sy bersetuju hampir dengan semua post yg kak Fynn Jamal tulis.

Sebab cara kita melihat melihat dunia,
Adalah dengan memahami bagaimana dunia ini berfungsi.
Dengan meraikan setiap perbezaan yang dimiliki setiap insan.
Dengan mengakui hakikat yang dunia ini berkisar tentang kebaikan, kemuliaan, perubahan, kejahatan, kedurjanaan, penipuan, kejahilan, kejatuhan dan semua yang seangkatan dengan nya.

Bila bercerita tentang hakikat,
Ramai yang melenting.
Bila sebut tentang gelombang perubahan,
Keyboard worrior mula berkira2 ayat apa patut dia tulis.
Bila keluar satu status dan dihujungnya tertulis,
"mohon terasa"

Tergelak sekejap.

Mungkin sebab si penulis terlupa,
Sindiran dan teguran tu bezanya ibarat macam salji dan pasir.

Maka berbahagialah kepada si penulis kalau memang benar ada yg terasa.
Andai tiada,
Sila gigihkan diri untuk mencuba lagi.
Haha

Sy bukan menulis panjang sebab ada banyak masa terluang,
Tapi cuma sebab mata,otak,telinga,hati,dan jari mula lincah berkerja bila setiap hal yang jadi kat sekeliling,
diteliti dan dikaji apa punca semua tu terjadi.

Satu hari,
Jari2 yang 10 ini
(maaf kalau yang baca ada jari yang kurang atau lebih) akan disoal apa yg kita pernah tulis, copy, paste,edit, delete dan sebagainya.

Jaga-jaga.

M.U.D.A.H

Dila pendek?
Tak la.
Dieorang ni yang tinggi. ^_^

marah?
Tak la.
Suka.suka sangat bila awk buat macam tu. ^_^

Jeles?
Tak la.
Bahagia je selalu. ^_^

Sedih?
Tak la.
Buat apa sedih. Xmembantu apa2 pn. ^_^

Nangis?
Tak la.
Mata masuk habuk ni. ^_^

Awk perempuan?
A'ah la.
Owh.
Patut selalu ckp yang berlawan dari yang sebenar.

Haha

Kalau lelaki?
Mudah je bahasanya.
Direct.

Marah?
Ye.
Tak paham2 lagi?

^_^


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~




Monday, August 18, 2014

FIQRI HAZIQ DALAM KENANGAN



07121988 - 06062014.


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Kedatangannya tanpa dipinta.
Kehilangannya tanpa diduga.
Inilah TAKDIR.

YA ALLAH,aku redha akan pemergiannya.
ALLAH lebih sayangkan arwah.
Seorang sahabat, pendengar yang baik & ceria.
Al-Fatihah.

#MatiItuPasti
#SalamJumaat
#FiqriHaziqDalamKenangan


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~


S.E.N.A.N.G



Bila senang jangan tunjuk senang.
Bila susah jangan tunjuk susah.
Bersederhana.

Bila senang jangan lupa diri.
Bila susah lagilah kena ingatkan diri.
Sediakan payung sebelum hujan.


That's the key to a peaceful life.

Takut nak memulakan sesuatu.
Takut dengan cabaran.
And that's what will stop you from hunting your own goals in life.

Aku?
Tengah takut juga.
Sebab taktau apa cabaran menanti di hadapan.
Semoga Allah tunjukkan jalan.
Semoga Allah permudahkan.

Amin.
:)
 
Cinta Untuk Bahagia.
Rindu Untuk Hati.

Aku Masih Sayang.
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~


 

Friday, August 15, 2014

S.E.C.R.E.T

Let me tell you a secret :

Kalau someone like semua gambar u dekat fb/ig/etc.. Dia bukan stalker. A stalker do his/her job silently. And one more secret for you:
1. Stalker is a noun.
2. Stalk is verb.
"Stalker" tu orang yang stalk orang. Kalau perbuatan is "stalk". So, "I stalk your facebook" bukan "I stalker your facebook".

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~



HAPPY BIRTHDAY TO ME

 
Lambat update. Alhamdulillah.. Bertarikh 07/08/1988 tepat jam 11.35 p.m, lahirlah seorang Mujahidah yang diberi nama Fadhilah Adawiyah Binti Faizal seberat 2.5kg. ..

Cukup 26tahun menetap dibumi ALLAH. Ketika lahir sungguh kita masih Suci dari Dosa. Kini dinodai dengan Dosa. ALLAH.. Lahir satu tarikh yang tak dijangka. Mati pada satu tarikh yang tak dapat dipinta. Moga terus Qawiy Fadiela Faizal. Syukran kepada yang wish & yang mendoakan. Semoga ALLAH merahmati kita semua.

#SelamatUlangtahunKelahiran
#SemogaBerjayaDuniaAkhirat
#MurahRezeki
#CepatBertemuJodoh



 Anak Abah & Umi Dah Besar

Life. Love. Laughter.

RAYA VS KENDURI KAWIN

Marry Me? :)
 
Ambil Berkat session.
Kenduri Kendara.

hahaha..

 Perjalanan cinta itu adalah proses pembelajaran untuk hati. Belajar redha. Kita berjalan, kita duduk, kita bersama, kita mendampingi semua hal itu bersebab.

Perjalanan itu sebenarnya indah.
Kita juga harus bersedia untuk satu ketika bila ditinggalkan.

Dan redhalah bila pilihannya itu:

'bukan kita'

Kerana pada hujungnya, kita sudah dipilih Tuhan untuk seseorang yang lebih baik.
 

Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

EID 2014

Hazeeq with Luqman

  Luqman with Izz

Me with My Bro, Hairul

My mom with his student
 

My aunt, Liana with my bro, Hafiz

 Syukur,Alhamdulillah,, di sebalik kesedihan yg DIA berikan,, dikurniakan kegembiraan yg tidak terkata nilainya agar kami sentiasa mengukir senyuman.. terima kasih ya ALLAH..

akhir kata..
saya,, Fadhilah Adawiyah Binti Faizal memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan samada secara sengaja mahupun tidak baik dari segi perbuatan mahupun kata2..

Selamat Hari Lebaran Minal Aidil Walfa'izin.. ♥

cinta hati sampai mati.

L.E.B.A.R.A.N C.I.N.T.A H.A.T.I