SI JANTUNG HATI (:

Wednesday, February 13, 2013

CINTA SELEPAS AKAD

'ALLAH mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang'



menarik bukan kata-kata diatas?
tapi apabila kita bercakap tentang keindahan percintaan selepas perkahwinan, masih ramai yang berasa ragu-ragu..yela, boleh ke kita berkongsi hidup dengan seseorang yang belum cukup kita kenali..boleh bahagia ke? jodoh dan pertemuan telahpun ditentukan oleh yang maha esa..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..dan sebaik baik yang merancang itu adalah ALLAH..maha perancang segalanya..


memang la..sangat beruntung sekiranya perkahwinan tu dibina atas dasar kasih sayang dan disulami rasa cinta antara dua hati..bercinta dahulu dan berkahwin kemudian dah menjadi adat masyarakat kita kan? tapi, takdir dan ketentuan setiap manusia adalah berbeza..ALLAH akan beri apa yang kita perlukan..bukan apa yang kita mahukan..sesungguhnya dalam dunia ni tiada apa yang mustahil..tak semestinya kalau nak kahwin, kena bercinta dulu..korang tengok tak satu video yang aku kira sangat sweet oleh DEENA KAMARUL BAHRIN yang mana perkahwinannya berlangsung tanpa ikatan percintaan pon sebelumnya?awesome right? 




'cintaku bukan diatas kertas..cintaku getaran yang sama..tak perlu dipaksa..tak perlu dicari..kerna kuyakin ada jawabnya..


ok, ni lirik lagu siti nurhaliza dalam lagu bukan cinta biasa..yang tang tak perlu dicari tu, rasanya tak betul kot..cinta tu perlu dicari sebenarnya, suatu benda tak kan datang bergolek tanpa sebarang usaha..lain la kalau korang memang comel tahap dewa kan..tak payah cari pun confirm orang dah serbu awal-awal..hehe..so, apa lagi..tingkatkan tahap kesweetan masing-masing ye..haha..sebagai nasihat, carilah cinta bila korang benar-benar serious dan bersedia untuk memikul tanggungjawab..tapi perlu diingat, mencari cinta bukan bererti korang kena merayu-rayan..desperate? lagi la...tolong la jauhi..:)
mencari cinta juga bukan bermaksud kita sapu je berapa ramai yang ada, lepas tu pilih mana yang sesuai..amboi!!

sentap? lelaki pon sama je :p


tengok tak rancangan semanis kurma dengan tajuknya..bercinta setahun, berkahwin sehari? takot kot dengan isu-isu yang macam ni..yela, siapa yang nak kan perkahwinan yang gagal ditengah jalan..mintak2 la dijauhkan..tapi, aku tertarik dengan kata-kata ustazah bahyah dalam episod minggu lepas..'kalau jodoh tak kemana, kalau tiada jodoh mesti ada hikmahnya'..simple tapi sangat bermakna :)


apepon, percintaan selepas nikah adalah percintaan yang paling diredhai..nak buat apapun, semuanya halal dan mendapat pahala..manakala bagi percintaan sebelum nikah lak, biarlah mempunyai matlamat yang suci untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah..tepuk dada..tanya lah selera..



so nasihat untuk semua dan diri sendiri, cinta yang hanya berlandaskan nafsu dan keseronokan semata-mata ibarat kurap..makin digaru makin sedap..tetapi kurap yang digaru itu semakin lama semakin parah dan membinasakan walaupun rasa sedap seketika ketika digaru..kita pasti taknak cinta yang hanya menjanjikan keseronokan sebentar dan akhirnya menuju kekecewaan bukan? cinta sebelum berkahwin hanya menjanjikan keseronokan sementara yang mengecewakan..cinta selepas berkahwin pula datang bersama tanggungjawab yang perlu dipikul yang akan mematangkan pasangan disamping menjanjikan keseronokan yang diikat bersama kesetiaan..


sekian untuk kali ni..assalamualaikum :)


MENJAGA HATI ORANG LAIN ITU PERLU

tak rugi jaga hati orang lain kan? tak rugi jugak jaga aib dan kehormatan orang lain kan?
biar orang buat kita, jangan kita buat orang..biar orang menyakiti kita, jangan kita menyakiti orang..
jangan kita balas sekalipun busuk dan aibnya berkilo-kilo kita simpan dan jaga..
karma itu ada, keajaiban itu ada..ALLAH itu ada..


jadilah seperti pokok, saat orang membalingmu dengan batu, kau membalasnya dengan buah yang ranum..


-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna-



seorang menyakitiku, masih ramai yang menyayangi dan menghargaiku..
dan aku sangat bahagia bersama mereka..


Sekian.
Assalamualaikum.

W E D D I N G | P A R T 1