SI JANTUNG HATI (:

Saturday, December 28, 2013

SALAM HUJUNG TAHUN 2013

Salam.
Hye Blogger :)
Maaf sangat lama miss purple xupdate entry kan..?

Sejak dah kerja nie,masa untuk update blog asyik tak menyempat je. (alasan je semua tu sebenarnya.haha )
Sebenarnya miss purple baru baik dari demam.
Alhamdulillah.kesihatan diri dah terkawal sekarang.
Syukur pada ALLAH kerana masih diberi kekuatan diri,fizikal,mental,jiwa dan rohani.

2013?
Sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung kan..
Banyak kenangan yang boleh dicipta..
Banyak pengalaman yang dapat dipentaskan..
Banyak impian yang boleh terlaksana..
Semua atas diri sendiri kan :)

FADHILAH ADAWIYAH BINTI FAIZAL?
Alhamdulillah.Dia makin kuat.
Dia memang perlu kuat.
Untuk Diri dan Keluarga.
Cinta,Kasih dan Sayang terlalu banyak dalam kehidupannya.
Cinta pada ALLAH yang kuatkan dia.
Cinta umi dan arwah abah menguatkan dia juga.
Ikatan Kasih Sayang adik beradiknya buat dia lagi kuat.
Kasih Dan Sayang pada kawan,rakan & sahabat juga yang indahkan hidupnya.
Penuh Warna Warni.

JODOH?
Alhamdulillah.
Hati ini masih belum dimiliki.
Jangan dipersoalkan bila FADHILAH ADAWIYAH BINTI FAIZAL nak kawin.
Jika sampai waktu dan saatnya,ada kisah cinta yang tercipta.
Entah bila tibanya,hanya Sang Pencipta yang menentukannya.
Jangan dipertikaikan lambat atau cepat.
Kita hanya insan biasa yang mampu merancang.
Tapi pengakhirannya telah disusun olehNYA.
Ia rahsia ALLAH .

MOHD AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD YASIN?
Terima kasih untuk 2013.
Saya dah boleh lupakan awak.
Walaupun bukan sepenuhnya,saya dah boleh lupakan awak.
Fine!
Seriously,saya tak boleh lupakan awak sebenarnya.
Tapi macam yang awak katakan,awak tak layak untuk saya,memang saya tak boleh terima.
Tapi  redha itu perlu kan.
Saya redha jika ini takdirnya.
Tapi untuk melupakan awak,itu  tak  mungkin.awak tetap sahabat saya.
Kerana kita bermula dengan sahabat.
Seorang sahabat tidak akan pernah tinggalkan sahabatnya.
Saya bahagia untuk awak dengan dia.
Kawin jangan lupa jemput saya tau.

CINTA?
Sematkan kenangan 2013 PD sebagai Kenangan Terindah.
Jangan terjatuh cinta.
Kelak diri sendiri yang merana.
Hati dah semakin hati-hati sekarang.
Hidup baik-baik Fadiela Faizal :)





Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~


Wednesday, December 18, 2013

BLOOD COUGH AGAIN. WHAT HAPPEN TO ME?

Hye Blogger :)
Lama jugak Miss Purple hilang tanpa entry kan..
Maaf sangat-sangat sebab kesibukan dengan kerjaya sekarang.
Tapi Miss Purple tak pernah merungut tau.Ini semua dah tanggungjawab Miss Purple.
Tanggungjawab pada ALLAH juga penting tau.
Baru hidup tenang.

Apa hal dengan entry diatas sebenarnya?
Siapa yang batuk sampai berdarah ni? :)
Kalau siapa yang mengenali sejarah blog Miss Purple ni mesti tahu siapa kan..

Terus Terang Miss Purple juga ada rasa takut jika sakit itu datang.
Tapi Miss Purple yakin diri ini tak apa-apa.
In shaa ALLAH.Amin :)

Sahabat,
Doakan FADHILAH ADAWIYAH BINTI FAIZAL.
Tanggungjawab dia masih banyak.








Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~




Sunday, December 8, 2013

STOP DREAMING FADIELA FAIZAL :)

Jam menunjukkan 3:15 AM.Seriously,budop wangi tak rasa mengantuk lagi.Jiwa tengah berbicara cinta je sekarang.haha.
Poyo jer kan statement jiwang ini?lalala..

CINTA??
Tak ada topik lain ker budop wangi nak kongsi nie?kikiki..
Suka hati la kan..nie kan blog budop wangi.
Tak suke jangan baca tau. :)

budop wangi tak tahu camne boleh rapat ngan dia.
Kedudukan kami berbeza.
Ok.fine!
budop wangi tak patut mention pasal kedudukan kat sini. :)
Jiwa + hati kami berbeza sebenarnya.
Budop wangi tak tahu la apa dia rasa.
Tetapi serious rasa bahagia tiba-tiba dengan layanan dia.
Nasib baik budop wangi pernah jatuh cinta.
Cepat-cepat larikan diri dari perasaan itu.
takut terjatuh hati+cinta.haha

TAKUT??
Bukan takut,tetapi budop wangi tak nak jatuh cinta lagi.
Rupanya,Layanan dia buat semua orang.
Dia rapat dengan semua orang.
Tetapi mungkin ada layanan yang special untuk orang yang dia sayang.
Semestinya bukan budop wangi.
Tak nak lagi kena sound.
Serik dah terjatuh cinta.haha


SERIK??
Tak de la..buat ape nak serik bercinta kan .CINTA INI INDAH.
rasa cinta ini ALLAH yang bagi,bukan pada semua orang kita dapat rasa tau.
Tetapi status sekarang,hanya tahu budop wangi memang bertepuk sebelah tangan.haha

Puncak rumah api budop wangi jejaki.
Terima kasih atas kenangan ini.
Akan budop wangi ingat sampai bila-bila.

 
So,please jaga hati ini baik-baik FADIELA FAIZAL. :)



Senyuman terukir..
Aku manusia yang sentiasa dibawah..
Hari  ini aku pasti terjatuh..
Tolonglah YA ALLAH.
Tolonglah aku..
Lupakan segalanya.

Nyawaku yang terbentuk adalah tersangat indah.
Manusia tak mampu berfikir sehingga tidak sampai ke hujung akal.

Terima kasih tak terhingga.
Umi | Arwah Abah
HALIMAH BINTI MAT ALI | FAIZAL BIN ABD AZIZ                    
                  Mendewasakan aku sebagai manusia           


                  
Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~