SI JANTUNG HATI (:

Tuesday, August 19, 2014

M.A.N.U.S.I.A

Manusia.

Bila kongsi dikatanya menunjuk.
Bila senyap dikatanya tak buat kerja.
Bila diam dikatanya terlampau merendah diri.
Bila bersuara, dikatanya menentang.

Hari ini berapa ramai kenal mereka2 ni?
Kak ton dengan suara nyaring, sambil ckp "comel tak kak ton?"
Didie alias dgn baju yg ibarat dlm dunia ni dia sorang je minat fesyen.
Ahmad mohamad pasangan pertama yg menderma dan menerima sebahagian hati di Malaysia,

Mereka,
Mencipta sejarah dengan cara yg tersendiri.

Setakat hari ni,
Sy bersetuju hampir dengan semua post yg kak Fynn Jamal tulis.

Sebab cara kita melihat melihat dunia,
Adalah dengan memahami bagaimana dunia ini berfungsi.
Dengan meraikan setiap perbezaan yang dimiliki setiap insan.
Dengan mengakui hakikat yang dunia ini berkisar tentang kebaikan, kemuliaan, perubahan, kejahatan, kedurjanaan, penipuan, kejahilan, kejatuhan dan semua yang seangkatan dengan nya.

Bila bercerita tentang hakikat,
Ramai yang melenting.
Bila sebut tentang gelombang perubahan,
Keyboard worrior mula berkira2 ayat apa patut dia tulis.
Bila keluar satu status dan dihujungnya tertulis,
"mohon terasa"

Tergelak sekejap.

Mungkin sebab si penulis terlupa,
Sindiran dan teguran tu bezanya ibarat macam salji dan pasir.

Maka berbahagialah kepada si penulis kalau memang benar ada yg terasa.
Andai tiada,
Sila gigihkan diri untuk mencuba lagi.
Haha

Sy bukan menulis panjang sebab ada banyak masa terluang,
Tapi cuma sebab mata,otak,telinga,hati,dan jari mula lincah berkerja bila setiap hal yang jadi kat sekeliling,
diteliti dan dikaji apa punca semua tu terjadi.

Satu hari,
Jari2 yang 10 ini
(maaf kalau yang baca ada jari yang kurang atau lebih) akan disoal apa yg kita pernah tulis, copy, paste,edit, delete dan sebagainya.

Jaga-jaga.

M.U.D.A.H

Dila pendek?
Tak la.
Dieorang ni yang tinggi. ^_^

marah?
Tak la.
Suka.suka sangat bila awk buat macam tu. ^_^

Jeles?
Tak la.
Bahagia je selalu. ^_^

Sedih?
Tak la.
Buat apa sedih. Xmembantu apa2 pn. ^_^

Nangis?
Tak la.
Mata masuk habuk ni. ^_^

Awk perempuan?
A'ah la.
Owh.
Patut selalu ckp yang berlawan dari yang sebenar.

Haha

Kalau lelaki?
Mudah je bahasanya.
Direct.

Marah?
Ye.
Tak paham2 lagi?

^_^


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~