SI JANTUNG HATI (:

Saturday, December 28, 2013

SALAM HUJUNG TAHUN 2013

Salam.
Hye Blogger :)
Maaf sangat lama miss purple xupdate entry kan..?

Sejak dah kerja nie,masa untuk update blog asyik tak menyempat je. (alasan je semua tu sebenarnya.haha )
Sebenarnya miss purple baru baik dari demam.
Alhamdulillah.kesihatan diri dah terkawal sekarang.
Syukur pada ALLAH kerana masih diberi kekuatan diri,fizikal,mental,jiwa dan rohani.

2013?
Sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung kan..
Banyak kenangan yang boleh dicipta..
Banyak pengalaman yang dapat dipentaskan..
Banyak impian yang boleh terlaksana..
Semua atas diri sendiri kan :)

FADHILAH ADAWIYAH BINTI FAIZAL?
Alhamdulillah.Dia makin kuat.
Dia memang perlu kuat.
Untuk Diri dan Keluarga.
Cinta,Kasih dan Sayang terlalu banyak dalam kehidupannya.
Cinta pada ALLAH yang kuatkan dia.
Cinta umi dan arwah abah menguatkan dia juga.
Ikatan Kasih Sayang adik beradiknya buat dia lagi kuat.
Kasih Dan Sayang pada kawan,rakan & sahabat juga yang indahkan hidupnya.
Penuh Warna Warni.

JODOH?
Alhamdulillah.
Hati ini masih belum dimiliki.
Jangan dipersoalkan bila FADHILAH ADAWIYAH BINTI FAIZAL nak kawin.
Jika sampai waktu dan saatnya,ada kisah cinta yang tercipta.
Entah bila tibanya,hanya Sang Pencipta yang menentukannya.
Jangan dipertikaikan lambat atau cepat.
Kita hanya insan biasa yang mampu merancang.
Tapi pengakhirannya telah disusun olehNYA.
Ia rahsia ALLAH .

MOHD AMIRUL FIRDAUS BIN MOHD YASIN?
Terima kasih untuk 2013.
Saya dah boleh lupakan awak.
Walaupun bukan sepenuhnya,saya dah boleh lupakan awak.
Fine!
Seriously,saya tak boleh lupakan awak sebenarnya.
Tapi macam yang awak katakan,awak tak layak untuk saya,memang saya tak boleh terima.
Tapi  redha itu perlu kan.
Saya redha jika ini takdirnya.
Tapi untuk melupakan awak,itu  tak  mungkin.awak tetap sahabat saya.
Kerana kita bermula dengan sahabat.
Seorang sahabat tidak akan pernah tinggalkan sahabatnya.
Saya bahagia untuk awak dengan dia.
Kawin jangan lupa jemput saya tau.

CINTA?
Sematkan kenangan 2013 PD sebagai Kenangan Terindah.
Jangan terjatuh cinta.
Kelak diri sendiri yang merana.
Hati dah semakin hati-hati sekarang.
Hidup baik-baik Fadiela Faizal :)





Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~


Wednesday, December 18, 2013

BLOOD COUGH AGAIN. WHAT HAPPEN TO ME?

Hye Blogger :)
Lama jugak Miss Purple hilang tanpa entry kan..
Maaf sangat-sangat sebab kesibukan dengan kerjaya sekarang.
Tapi Miss Purple tak pernah merungut tau.Ini semua dah tanggungjawab Miss Purple.
Tanggungjawab pada ALLAH juga penting tau.
Baru hidup tenang.

Apa hal dengan entry diatas sebenarnya?
Siapa yang batuk sampai berdarah ni? :)
Kalau siapa yang mengenali sejarah blog Miss Purple ni mesti tahu siapa kan..

Terus Terang Miss Purple juga ada rasa takut jika sakit itu datang.
Tapi Miss Purple yakin diri ini tak apa-apa.
In shaa ALLAH.Amin :)

Sahabat,
Doakan FADHILAH ADAWIYAH BINTI FAIZAL.
Tanggungjawab dia masih banyak.








Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~




Sunday, December 8, 2013

STOP DREAMING FADIELA FAIZAL :)

Jam menunjukkan 3:15 AM.Seriously,budop wangi tak rasa mengantuk lagi.Jiwa tengah berbicara cinta je sekarang.haha.
Poyo jer kan statement jiwang ini?lalala..

CINTA??
Tak ada topik lain ker budop wangi nak kongsi nie?kikiki..
Suka hati la kan..nie kan blog budop wangi.
Tak suke jangan baca tau. :)

budop wangi tak tahu camne boleh rapat ngan dia.
Kedudukan kami berbeza.
Ok.fine!
budop wangi tak patut mention pasal kedudukan kat sini. :)
Jiwa + hati kami berbeza sebenarnya.
Budop wangi tak tahu la apa dia rasa.
Tetapi serious rasa bahagia tiba-tiba dengan layanan dia.
Nasib baik budop wangi pernah jatuh cinta.
Cepat-cepat larikan diri dari perasaan itu.
takut terjatuh hati+cinta.haha

TAKUT??
Bukan takut,tetapi budop wangi tak nak jatuh cinta lagi.
Rupanya,Layanan dia buat semua orang.
Dia rapat dengan semua orang.
Tetapi mungkin ada layanan yang special untuk orang yang dia sayang.
Semestinya bukan budop wangi.
Tak nak lagi kena sound.
Serik dah terjatuh cinta.haha


SERIK??
Tak de la..buat ape nak serik bercinta kan .CINTA INI INDAH.
rasa cinta ini ALLAH yang bagi,bukan pada semua orang kita dapat rasa tau.
Tetapi status sekarang,hanya tahu budop wangi memang bertepuk sebelah tangan.haha

Puncak rumah api budop wangi jejaki.
Terima kasih atas kenangan ini.
Akan budop wangi ingat sampai bila-bila.

 
So,please jaga hati ini baik-baik FADIELA FAIZAL. :)



Senyuman terukir..
Aku manusia yang sentiasa dibawah..
Hari  ini aku pasti terjatuh..
Tolonglah YA ALLAH.
Tolonglah aku..
Lupakan segalanya.

Nyawaku yang terbentuk adalah tersangat indah.
Manusia tak mampu berfikir sehingga tidak sampai ke hujung akal.

Terima kasih tak terhingga.
Umi | Arwah Abah
HALIMAH BINTI MAT ALI | FAIZAL BIN ABD AZIZ                    
                  Mendewasakan aku sebagai manusia           


                  
Penuh rasa cinta,
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~



Thursday, October 31, 2013

DONT LOVE TOO MUCH :)

Bila idea dah terlalu banyak dalam satu malam,mula la budop wangi nak tamak untuk post entry kedua.haha
So,malam ini tibe2 nak jiwang jap. :)

jiwang??
budop wangi ini jiwang ea?hahaha
Seperti entry pertama ada sebut pasal CINTA. :)


Membuka lembaran Baru 
Melupakan masa-masa yang lalu,

Demi kebahagiaan hidupmu
Dan juga kebahagiaan hidupku,

Dengan tiada kebenciaan darimu, 
Dan juga tiada kebenciaan dariku.

dirimu terlalu indah untuk ku hapus dari hidupku.
Kerana kamu telah menyatu dalam hidup ini.
Walau kini telah menjadi kenangan.
Bagimu semua sudah tak bererti. Namun bagiku ini adalah kenangan terindah yang tak akan ku dapatkan lagi darimu.
Salam manis untukmu:)
Semoga hidupmu dan hidupku jauh lebih baik dari yang dulu,tentu dengan jalan kita masing-masing:)

Hati ini lebih kuat.
Hati ini lebih tabah. :)

# Dont Love too much! Dont hope too much Fadiela Faizal! 
Stop Dreaming.Jangan Cepat Jatuh Cinta Lagi.


Penuh Rasa Cinta:
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang mempunyai impian luar biasa~






Wednesday, October 30, 2013

LIFE IS THE ART OF DRAWING WITHOUT AN ERASER :)

Assalamualaikum and Hollaaaaa ! :)

Dah lama dah budop wangi tak update blog ni kan. Haha. bak kata ''someone'' blog budop wangi dah bersawang. Seriously nak cakap tak sempat tue,ade jer masa budop wangi nak update.tapi buat pengetahuan semua,laptop budop wangi dah arwah.hehe ( arwah dulu baik orangnya).So sekarang online gune phone jer,tapi jangan risau budop wangi memang nak beli laptop baru. :)

Sekarang tanpa budop wangi sedar dah lebih 7 bulan budop wangi kerja di Putrajaya nie.Alhamdulillah, di Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia ini banyak yang budop wangi pelajari tentang kehidupan,persahabatan dan CINTA.

CINTA???
Apa budop wangi nak cakap pasal cinta yer malam ini?hahaha
Takkan budop wangi jumpa cinta pulak kt KPK.
Rasanya tak ada yang special untuk budop wangi ceritakan mengenai cinta buat masa sekarang.
Amdulillah sekarang budop wangi masih kuat teruskan kehidupan walaupun tanpa "awak".
"AWAK"?
Siapakah dia? 
Dia adalah yang korang kenali dalam blog ini sebagai "MR PURPLE".
Apa-apa pun awak kenangan terindah bagi budop wangi.
Korang jangan salah faham pulak.bukan budop wangi tak terima kenyataan tau.
Seriously budop wangi bukan hidup dalam kenangan tetapi kenangan sebenarnya yang menghidupkan budop wangi. :)

Dah banyak budop wangi merepek nie kan..hahaha
Budop wangi kongsikan sedikit picture NEW LIFE kt Putrajaya nie :)

Sahabat Sejati di KPK.Terima Kasih Sahabat.












we're best friend,
tiada apa yang aku tinggal setelah aku mati, hanya gambar menjadi kenangan kita.. love you.









Sampai sini  entry untuk kali nie. Wait for me next entry. Bye♥

Penuh Rasa Cinta:
Fadiela Faizal
~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
Small Girl.Big Dreams!


Friday, July 12, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI :)

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1434H...

Hari ini dah masuk hari ketiga kita berpuasa.Rasanya belum terlambat lagi untuk budop wangi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mulia kepada seluruh umat Islam...Semoga amal ibadat kita semakin bertambah dan kekal bertambah di bulan mulia ini..Amin...

Ramadhan datang lagi
Apa yang kamu rindukan?
Apa yang kamu mahu gandakan?
Ganjaran apakah yang kamu mahu?


Aku rindukan Solat Terawih
Aku rindukan taddarus Al-Quran
Aku rindukan malam Lailatul-Qadar


Aku juga mahu ganjaran pahalaku digandakan
Aku ingin banyak bersedekah
Aku mahu mataku dijaga,mulutku dijaga,
Aku juga mahu nafsuku dijaga,tindak tandukku dijaga


Rinduku pada syurga Allah,
"Di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan;
Pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorang pun selain mereka memasukinya..." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Aku rindu segala-galanya di bulan Ramadhan ini.....


"Selamat Berpuasa"


Pesanan:Tazkirah Ramadhan: Bulan puasa adalah bulan untuk melipat gandakan amalan baik,bukannya bulan untuk tidur.

# Take noted Fadiela Faizal! :)

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Saturday, April 13, 2013

|New Experiences,New Environment. Tq ALLAH♥ |

Assalamualaikum... dah lama x update blog nie kan... maklum lah bz sket. Hehe... Kepada yang tanya kat miss purple, bila miss purple nak update... ni la masanya miss purple nak update....

Alhamdulillah... Terima kasih YA ALLAH.18032013..tarikh keramat..miss purple dah pun dapat kerja...tetap..Pembantu Akauntan..nak tau x kat mane?hehe..kat Kementerian Pelancongan Malaysia.Alhamdulillah,rezeki ALLAH.. ada jugak kerja miss purple... hehe..mesti korang tertanya2,miss purple nie dah habis study ker? :) YES,semestinya belum habis lagi.buat masa nie,miss purple extend pengajian selama 1tahun,miss purple berjanji akan kembali sempurnakan Fisabilillah yang belum selesai.doakan miss purple yer!

Tips dapat kerja? senang jer... JANGAN MEMILIH KERJA...Jangan terlalu pentingkan kelulusan pendidikan yang kita ada. Ada kerja yang ade at depan mata... sapu jer... dan sambil tu boleh la cari keje lain lagi... Tak de la masa korang tu terbiar dengan penganguran yang x mendatangkan apa-apa untung tu kan? kan?

Ok.. untuk pengetahuan blogger-blogger.. Miss purple sekarang menetap di Putrajaya.. Jadi sekarang nie,masih berusaha menyesuaikan diri dengan kehidupan kota.haha..

Ok r.. cukup r dulu... nanti bila ada masa lagi.. miss purple update lagi la....hehe. nama pun berblog nak isi masa lapang kan... bukan zaman sekolah2 dulu... banyak masa nak update blog kan :) 
Miss purple tinggalkan korang sedikit scene2 yang sempat dirakam.Peace!No War.


#My Name#My Position#


#My breakfast#


#New Exvironment#

 
#New experience#



#Terima kasih#Syukran#Thank You#shoes#Purple#Pemberian seorang sahabat#


 #celik hati#celik minda#celik iman#



#dutch lady#chocolate Daim#


 #breakfast#lunch#dutch lady+bubur jagung#



#This is me#

::kata-kata buat kali ini:

"kerja biar ikhlas,kalau tak ikhlas aura negatif akan timbul"



Lots of love,





         
 ~Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai 
and addicted with purple damn much~

Wednesday, February 13, 2013

CINTA SELEPAS AKAD

'ALLAH mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang'



menarik bukan kata-kata diatas?
tapi apabila kita bercakap tentang keindahan percintaan selepas perkahwinan, masih ramai yang berasa ragu-ragu..yela, boleh ke kita berkongsi hidup dengan seseorang yang belum cukup kita kenali..boleh bahagia ke? jodoh dan pertemuan telahpun ditentukan oleh yang maha esa..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..dan sebaik baik yang merancang itu adalah ALLAH..maha perancang segalanya..


memang la..sangat beruntung sekiranya perkahwinan tu dibina atas dasar kasih sayang dan disulami rasa cinta antara dua hati..bercinta dahulu dan berkahwin kemudian dah menjadi adat masyarakat kita kan? tapi, takdir dan ketentuan setiap manusia adalah berbeza..ALLAH akan beri apa yang kita perlukan..bukan apa yang kita mahukan..sesungguhnya dalam dunia ni tiada apa yang mustahil..tak semestinya kalau nak kahwin, kena bercinta dulu..korang tengok tak satu video yang aku kira sangat sweet oleh DEENA KAMARUL BAHRIN yang mana perkahwinannya berlangsung tanpa ikatan percintaan pon sebelumnya?awesome right? 




'cintaku bukan diatas kertas..cintaku getaran yang sama..tak perlu dipaksa..tak perlu dicari..kerna kuyakin ada jawabnya..


ok, ni lirik lagu siti nurhaliza dalam lagu bukan cinta biasa..yang tang tak perlu dicari tu, rasanya tak betul kot..cinta tu perlu dicari sebenarnya, suatu benda tak kan datang bergolek tanpa sebarang usaha..lain la kalau korang memang comel tahap dewa kan..tak payah cari pun confirm orang dah serbu awal-awal..hehe..so, apa lagi..tingkatkan tahap kesweetan masing-masing ye..haha..sebagai nasihat, carilah cinta bila korang benar-benar serious dan bersedia untuk memikul tanggungjawab..tapi perlu diingat, mencari cinta bukan bererti korang kena merayu-rayan..desperate? lagi la...tolong la jauhi..:)
mencari cinta juga bukan bermaksud kita sapu je berapa ramai yang ada, lepas tu pilih mana yang sesuai..amboi!!

sentap? lelaki pon sama je :p


tengok tak rancangan semanis kurma dengan tajuknya..bercinta setahun, berkahwin sehari? takot kot dengan isu-isu yang macam ni..yela, siapa yang nak kan perkahwinan yang gagal ditengah jalan..mintak2 la dijauhkan..tapi, aku tertarik dengan kata-kata ustazah bahyah dalam episod minggu lepas..'kalau jodoh tak kemana, kalau tiada jodoh mesti ada hikmahnya'..simple tapi sangat bermakna :)


apepon, percintaan selepas nikah adalah percintaan yang paling diredhai..nak buat apapun, semuanya halal dan mendapat pahala..manakala bagi percintaan sebelum nikah lak, biarlah mempunyai matlamat yang suci untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah..tepuk dada..tanya lah selera..



so nasihat untuk semua dan diri sendiri, cinta yang hanya berlandaskan nafsu dan keseronokan semata-mata ibarat kurap..makin digaru makin sedap..tetapi kurap yang digaru itu semakin lama semakin parah dan membinasakan walaupun rasa sedap seketika ketika digaru..kita pasti taknak cinta yang hanya menjanjikan keseronokan sebentar dan akhirnya menuju kekecewaan bukan? cinta sebelum berkahwin hanya menjanjikan keseronokan sementara yang mengecewakan..cinta selepas berkahwin pula datang bersama tanggungjawab yang perlu dipikul yang akan mematangkan pasangan disamping menjanjikan keseronokan yang diikat bersama kesetiaan..


sekian untuk kali ni..assalamualaikum :)


MENJAGA HATI ORANG LAIN ITU PERLU

tak rugi jaga hati orang lain kan? tak rugi jugak jaga aib dan kehormatan orang lain kan?
biar orang buat kita, jangan kita buat orang..biar orang menyakiti kita, jangan kita menyakiti orang..
jangan kita balas sekalipun busuk dan aibnya berkilo-kilo kita simpan dan jaga..
karma itu ada, keajaiban itu ada..ALLAH itu ada..


jadilah seperti pokok, saat orang membalingmu dengan batu, kau membalasnya dengan buah yang ranum..


-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna-



seorang menyakitiku, masih ramai yang menyayangi dan menghargaiku..
dan aku sangat bahagia bersama mereka..


Sekian.
Assalamualaikum.

W E D D I N G | P A R T 1







Saturday, January 26, 2013

SCENE 2013|PART 1












GOODBYE 2012|WELCOME 2013


Alhamdulillah.2012 dah pun melabuhkan tirainya. dan dengan ini, terpaksalah aku terima kenyataan untuk berdepan dengan usia yang baru. 25 maa 25! ! aku dah tua.haha





sepanjang tahun ni, takde apa sangat yang berubah dari segi lifestyle. cuma what special on this year, i have to forget someone. yes, absolutely. end of 2012, my life is quite complicated. there are so many thing happen and nak tak nak, kena jugak hadap. aku tak berhenti berdoa pada yang maha esa agar diberi petunjuk dan kekuatan. tapi tu la, kebahagiaan yang aku mintak, tapi sebaliknya diri ni pulak yang diuji. i have to face satu fasa sukar yang paling aku takuti, iaitu perpisahan. at that time memang sedih gila wa cakap lu. kecewa, marah, menyesal, semua rangkum jadi satu. putus cinta kononnya. haha. tapi nak buat macam mana, redha jela.


tapi, ALLAH kurniakan aku keluarga,kawan-kawan yang sangat istimewa dan mampu buat aku lupa tentang kesedihan dan boleh pulak buat aku tersenyum. at least 80 percent of my sadness already gone. air mata memang tak banyak dibazirkan.hehe.


life is choice, terlalu banyak pilihan dalam hidup ni. so jangan sesekali takut untuk mencuba. remember, we have ALLAH and he will never leave us. harta benda, kemewahan dan kasih manusia jangan terlalu ditagih. kelak kita yang akan kecewa. hanya kasih sayang DIA yang paling abadi. betul lah apa orang cakap, jangan sedih kalau ALLAH ambik sesuatu yang berharga dalam hidup kita, sebab DIA pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang jaaauh lebih baik. just be patient, good things come to those who wait. trust me :)

                                             

apepun, aku bersyukur sangat pada yang maha esa sebab beri petunjuk dan jalan yang sesungguhnya buat aku sangat bahagia. tak pernah membiarkan hambanya yang khilaf dan tak sempurna ni bersedih terlalu lama. diberikan ibubapa dan keluarga yang rukun dan harmoni, kawan-kawan yang memahami. apa lagi yang tak cukup untuk sebuah kebahagiaan?




#i'm not wish anything for 2013. i'm just wish to be happy.