SI JANTUNG HATI (:

Wednesday, August 27, 2014

KATA KATA ITU SATU DOA

Pentingnya menyedari bahawa kata-kata itu suatu doa.

Tatkala kita kurang berduit, tetapi kehendak menghantui diri. Nak Macbook baru, nak Ipad baru, nak kereta Volkswagen baru.

Ehem.

Elakkan sama sekali mengeluarkan kata-kata negatif seperti:

- aku mane mampu
- aku takde duit

Cuba.
Hari-hari cakap dekat diri sendiri.
Nampak je Volkswagen lalu depan mata, terus cakap, "eleh, tak lama lagi aku boleh bawak dah Volkswagen tu, tak lama dah. Next year insyaALLAH"

Nampak je Macbook mase lalu tu, pegang2 sikit, pastu cakap, "eh, minggu depan boleh beli dah ni.. Senang sket nak update blog lepas ni."

Elakkan dari cepat putus asa, pesimis, rendah diri keterlaluan atau, terlebih yakin.
Kurangkan dari bergaul dengan mereka yang menyebabkan anda rasa terlalu kerdil atau, mereka yang suka mencari keburukan orang, dan mereka yang tidak pandai, atau mereka yang berlagak pandai.

Bahaya.

Selamat mencuba dan mencari 'teman sejati' :)

No comments: