SI JANTUNG HATI (:

Wednesday, August 27, 2014

HARI HARI KU RASA CINTA



Aku selalu rapuh.
Pantang tersadung.
Jatuh terduduk.
Tapi aku lawan semua rasa itu.

Hingga ada yang bertanya,
'Kau ni, tak pernah ke sedih dan diam satu hari?
Ke memang hari-hari pun hidup kau senang bahagia gembira?'

Sejujurnya,
bukan begitu.
Sebab bagi aku,
Kalau aku hebahkan satu dunia pun masalah aku,
Mungkin yang benar-benar sudi membantu,
Dengan jari ini cukup mudah dihitung.

Tapi aku bersyukur.
Atas setiap dugaan yang turun,
Dia datangkan juga beberapa insan mulia yang sudi membantu.

Walau hanya dengan kata-kata semangat.
Walau dengan hanya senyuman.
Walau kadang kala datang dengan nasihat.

Terima kasih, Tuhan.
Moga ukhuwah ini berkekalan.
Moga dijauhkan dari iri hati dah kejahatan.
Juga dengki dihasut syaitan.

Perkara paling manis adalah,
Didoakan yang baik-baik oleh rakan taulan.
Perkara paling indah adalah,
Berjaya bangun dan senyum selepas kejatuhan.
Dan perkara paling membahagiakan adalah,
Dihargai dan menghargai walau sekecil-kecil nikmat pinjaman.
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 
 
 

No comments: