SI JANTUNG HATI (:

Saturday, July 9, 2011

D.E.W.A C.I.N.T.A


Dewa Cintaku

Sebaik sajer habis Drama Nora Elena aka Kasih Yang Suci ,, bermula 20.6.2011 ada cerita baru dalam slot akasia iaitu Dewa Cintaku.. Adakah drama ni pon diadaptasikan dari novel Dewa Cintaku??? Kalo iyerla..kena la carik plok novel ni.. Kalo ikut watak dalam novel dewa cintaku ni, watak utamanya Rosyam Nor sebagai Iqbal & June dibawakan oleh Nasha Aziz kalo x silap.. Tapi dalam drama di slot akasia, rasanya semua dah tau siapa pelakonnyer... Yang lain x bukan Fasha Sandha & Iqram Dinzly... Try gak cari sinopsis drama Dewa Cintaku ni.. Tapi xjumpa lagik...

Ok .. ni sinopsis novel Dewa Cintaku yang budop wangi jumpa kat blog someone :

SINOPSIS

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pula pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya...Kesudahannya?ERMMMM...SAD ENDING KE??

"Iqbal dan June miliki sejarah hidup yang sama, mereka menjadi mangsa perpecahan keluarga sehingga menjadikan mereka manusia manusia yang tidak perlukan cinta, namun apabila cinta itu tidak berdosa, mereka tersungkur jua di kakinya....."

No comments: