SI JANTUNG HATI (:

Saturday, September 13, 2014

WAKE ME UP WHEN SEPTEMBER ENDS

Hye followers miss purple.
Maaf sebab lama juga menyepikan diri. Nak kata bz sangat tu takde la kan.. 
Cuma bawa diri yang agak lara. 
Lara la sangat kan 

Alhamdulillah, kesihatan miss purple masih terkawal.
Tapi biasa la, miss purple ni degil nak makan ubat.
Batuk tak hilang-hilang pulak tu.
Degil tu sweet kan? hahaha

Yelah kan..
Miss purple masih berusaha untuk jadi baik.
Tapi kan, tak semestinya kita rasa baik untuk diri kita ni kita ni cukup baik untuk orang lain pulak kan.. :)


Hari ni miss purple nak tinggalkan Putrajaya buat sementara waktu.
Balik Terengganu untuk rasai kasih sayang keluarga.

Untuk Capital F,
Terima kasih.
Bila rasa itu menyatu,
segala sulit itu membahagiakan.

Tapi,
Bila rasa itu hilang,
Aku ini siapa sebenarnya untukmu?

Kaku.
Lemah.

Good Bye Putrajaya.
Welcome Ketengah Jaya.

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~















Friday, August 29, 2014

LUKISAN HATI

Kembali pada asas perhubungan - kenapa lelaki diwujudkan untuk wanita? dan kenapa wanita diwujudkan untuk lelaki? Kenali bagaimana cara mereka berfikir secara natural - bukan kenali pada rasa muda yang membuak untuk memiliki. Tolak jauh rasa emosi, letak dekat rasa tanggungjawab.

Diskusi dan toleransi - Kalau tidak boleh untuk duduk semeja dan berbincang beri masa dan ruang jika masih tidak boleh berbincang dan duduk semeja - buat keputusan.

Hati kita - kita kena jaga. Tapi bukan dengan melebihkan hati orang lain. Begitu juga sebaliknya, Jangan pula terlalu lebihkan diri sendiri sampai lupa kepentingan pada hati orang lain.
 
Di janjikan awak untuk tidak tinggalkan saya,
Ditinggalkan hari ini,
Awak kata jangan tinggalkan awak,
Awak tinggalkan saya,
Dah takdir kita tiada jodoh,
Aku mimpi mungkin,
Kecewa hati mengejut,
Bangun!

Itu sebab Tuhan ada, yang selalu kita lupa bila ada, yang selalu kita ingat bila hilang.

Berdoa! Tuhan sayang.
 
Relationship ini tentang ruang. Bukan tentang memiliki. Mungkin rasa dia itu cukup terbatas untuk dia bergerak.

Untuk memenangi hati dia, hanya ruang saja yang mampu untuk buat dia rindu. Jadi terbangkah lah dia.

Takut untuk dia pergi melupakan kita itu, mari kita kembali pada jalan yang Tuhan sudah tulis;

"Jodoh".
 
Aku bersyukur punyai putera + puteri ini menemani hari-hariku.

 
Terima kasih Tuhan.
Restu akan silaturrahim ini.
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

BEBASKAH AKU?

Selamat Hari Merdeka Malaysia.
57 tahun dah.
Si tua yang sepatutnya dah matang.
Aku bangga berdewasa bersama kamu--
cuma kadang-kadang aku bodoh maksud #merdeka yang ramai laung-laungkan.
Sebab aku dah selesa.

Aku pun kibar bendera.
Aku pun raikan sama.
Esok-esok baliklah macam biasa.

Di Gaza merdeka itu pasti paling manis untuk semua.
Sebab dia orang bayar guna peluh dan darah.
Aku belajar teori dari orang cerita dan buku sejarah jer.
Bagi aku bila sebut merdeka.
 satu je.
 
 syukurlah banyak sebab kita masih boleh gelak dan ketawa.

Semoga tanah ini sentiasa keramat di atas cinta Tuhan.
Dan tetaplah sesungguhnya.
 Di sini lahirnya sebuah cinta.
 
 
 

 


Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

 

Thursday, August 28, 2014

AKU ANAK ABAH

Bila sakit tahap tak larat nak bangun , tiba-tiba rindu perhatian dari seorang abah. 
Kecik-kecik dulu kalau sakit arwah abah suap makan, papah pergi toilet, bawak pergi klinik. 
Tapi apakan daya, setiap yang bernyawa pasti merasai mati. 
Pejam celik pejam celik, 2014 genap 8 tahun hilang sentuhan kasih seorang abah.
 Saya dulu memang anak manja tahap mintak penampar. 
Manja yang mengada-ngada, Tapi pada masa yang sama  lasak . 
Tapi jenis suka berdikari sendiri. Degil. Jiwa lembut.
Anak tunggal perempuan la kata kann.
 Selepas arwah abah meninggal.
 Saya membesar dengan umi dan abang + adik-adik lelaki. 
Start dari situ la semua kena buat sendiri.. 
Padan muka.
 Umi strict giler dan zaman remaja saya tak seindah anda mungkin. 
Saya tak leh tengok tv, 
tak leh dengar radio, 
tak leh keluar bermain-main. 
Kawan-kawan lain sibuk tengok teletubies, 
saya sibuk basuh kain, 
sapu daun-daun kering perkarangan rumah, 
cuci pinggan, tolong umi masak.
Tapi tak mengapalah.. 
Pain taught me to be better, 
sadness taught me to be stronger 
and love taught me to be fearless... 
Kak ngah miss you abah. 
Al-Fatihah.
 
 
 
Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~
 

GADIS BIASA

Perempuan ni dia bercerita masalah dia kat awak sebab nak awak dengar je sebenarnya. 
Bukan nak awak settlekan masalah dia pun. 
Maka dengan itu, jadilah pendengar yg baik untuk pasangan masing2.
 "Manja-manjakanlah perempuanmu, nescaya dia akan sentiasa tunduk pada dirimu.
 Tunduk dalam ertikata dengar tiap nasihatmu, bukan cacimu."
 

'Cause I'm only human

And I bleed when I fall down

I'm only human

And I crash and I break down

Your words in my head, knives in my heart

You build me up and then I fall apart 'Cause I'm only human.
|  Christina Perri - Human |

Penuh rasa cinta:
Fadiela Faizal
~ Gadis biasa yang suka pada bulan + pantai & addicted with purple damn much~

Wednesday, August 27, 2014

KATA KATA ITU SATU DOA

Pentingnya menyedari bahawa kata-kata itu suatu doa.

Tatkala kita kurang berduit, tetapi kehendak menghantui diri. Nak Macbook baru, nak Ipad baru, nak kereta Volkswagen baru.

Ehem.

Elakkan sama sekali mengeluarkan kata-kata negatif seperti:

- aku mane mampu
- aku takde duit

Cuba.
Hari-hari cakap dekat diri sendiri.
Nampak je Volkswagen lalu depan mata, terus cakap, "eleh, tak lama lagi aku boleh bawak dah Volkswagen tu, tak lama dah. Next year insyaALLAH"

Nampak je Macbook mase lalu tu, pegang2 sikit, pastu cakap, "eh, minggu depan boleh beli dah ni.. Senang sket nak update blog lepas ni."

Elakkan dari cepat putus asa, pesimis, rendah diri keterlaluan atau, terlebih yakin.
Kurangkan dari bergaul dengan mereka yang menyebabkan anda rasa terlalu kerdil atau, mereka yang suka mencari keburukan orang, dan mereka yang tidak pandai, atau mereka yang berlagak pandai.

Bahaya.

Selamat mencuba dan mencari 'teman sejati' :)

REMEMBERING

Siapalah yang mampu bergembira seandainya ada
Saudara-mara yang pergi tanpa sempat mengucapkan kata
"Selamat Tinggal, Semoga Berjumpa Lagi"
Kepergian yang tak pernah diduga
Dan pergi yang takkan kembali lagi

Sebaknya
Sungguhpun mereka yang pergi itu tiada pertalian darah denganku
Namun kuharap doa yang dikirim
Sampailah hendaknya buat mereka

Sesungguhnya kita semua akan pergi
Dengan cara yang kita sendiri pun belum pasti

Al-fatihah #MH17
Selamat pulang.
Welcome home.